Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

BWF Perlu Beri Alasan...

PETALING JAYA – Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu memberi alasan kukuh ekoran menghalang...

Ibu Bapa Di UK...

IBU bapa di United Kingdom dilaporkan bakal didenda sekiranya anak mereka lambat hadir...

Video: Iklan Merdeka Maxis...

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-57 hari kemerdekaan negara yang bakal disambut Ahad ini,...

Dadah: 4 Pelajar Universiti...

KUALA TERENGGANU – Polis menahan empat pelajar Universiti Awam yang disyaki terlibat kegiatan...

Bapa 3 Mangsa Kemalangan Meninggal Dunia

TAIPING – Ayah kepada tiga beradik yang terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di Lenggong Ahad lalu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Anak sulung mangsa, Muhammad Hafiz Ismail, 27, berkata bapanya Ismail Yaacob, 53, menghembuskan terakhir kira-kira 1.40 pagi tadi di Hospital Taiping, di sini.

“Saya berada di sisi arwah ayah pada saat akhir dan sempat membimbingnya mengucap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya jenazah ayahnya akan dikebumikan bersebelahan tiga lagi adiknya yang terkorban dalam kemalangan tragis itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, Pahang selepas solat asar hari ini.

Kemalangan kira-kira 11 pagi Ahad lalu di lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong itu, melibatkan lima kenderaan termasuk yang dinaiki Ismail sekeluarga.


Dalam kemalangan tersebut tiga anak Ismail, Muhammad Hanif, dan kembarnya, Nur Ain Hanifah, 8, serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Zarina Yong, 44, masih menerima rawatan di Hospital Taiping.

Dalam pada itu, Muhammad Hafiz berkata ibunya kini berada dalam keadaan stabil dan reda dengan kematian ayahnya. – BERNAMA

Kategori