Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kejam! Kucing Ditemui Mati...

KEJAM! Jijik dan tidak berperikemanusiaan!  Apa lagi kata-kata yang sesuai untuk dilabelkan kepada...

Kelantan Perlu Dana Untuk...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Subang Wong Chen mahu kerajaan pusat menyalurkan dana...

Hafiz Hamidun Tidak Tahu...

DUGAAN juga rupanya apabila bersuamikan seseorang yang bukan sahaja berprofil tinggi, malah dikenali...

TH Lapor Polis Kes...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis...

Baru 6 Tahun, Jana Pendapatan RM45 Juta

HOBI seorang kanak-kanak ini bukan sahaja menarik perhatian ramai kanak-kanak seusianya, malah membuatkan kedua ibu bapanya tersenyum lebar kerana aktiviti anaknya itu mampu menjana pendapatan jutaan dolar setahun.

Lapor The Forbes, Ryan, 6, sudah mampu menjadi jutawan Internet melalui video rakaman yang dimuat naik di YouTube menggunakan nama Ryan ToysReview, sekaligus membolehkan kanak-kanak itu menjana pendapatan melebihi US$11 juta (RM44,918,126) setahun.

Laman Youtube Ryan dikendalikan oleh keluarganya, dengan memuat naik sekurang-kurangnya tiga rakaman video seminggu memaparkan ulasan permainana baharunya kepada lebih 10 juta pengikutnya.

Difahamkan, kedua ibu bapanya mengatakan hampir setiap hari mereka memuat naik video-video ulasan baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.

Difahamkan, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehinggalah pada Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan tular di media sosial.


Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton lebih 800 juta kali di YouTube.

Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat ulasan mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube. – MYNEWSHUB.CC

Kategori