SEORANG bayi lelaki telah mengejutkan ramai apabila dia dilahirkan dengan dua zakar, dengan satu di depan dan satu lagi di belakang badannya.
Ia menyebabkan satu pembedahan terpaksa dilakukan bagi membuang zakar di belakang badannya itu di Scientific Research Institute of Pediatrics di Baku, Azerbaijan.
Menurut doktor yang membedahkan, Gunduz Agayev, bayi berkenaan akan menjalani kehidupan seperti biasa selepas zakar yang dianggap sebagai parasit itu dibuang.
Agayev berkata, zakar parasit itu tumbuh dengan sendirinya ketika bayi terbabit masih berada dalam kandungan ibunya. Selepas pembedahan, bahagian belakang bayi itu tidak terjejas.
Dia kini dibenarkan pulang ke rumah bersama ibu bapanya dan bayi itu akan membesar seperti kanak-kanak lain.
Bagaimanapun bagi melindungi privasi bayi terbabit, pihak hospital tidak mendedahkan di identiti bayi itu dan di mana dia dilahirkan.
Namun laporan menyebut, ketika dia dilahirkan ibu bapa dan doktor terkejut melihat bayi itu yang mempunyai dua zakar di badannya. – MYNEWSHUB.CC