Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Baju Sekolah Label ‘Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli yang...

Bayi Lahir Dengan Janin...

COLOMBO - Doktor di Hospital Mahamodera di sini, berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar...

SOP Tak Statik, Dinamik...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Suami Simbah Asid Muka...

SEORANG wanita melalui pengalaman yang menyakitkan dan menakutkan apabila dia disimbah dengan asid...

Berat Turun Mendadak, Syura Kongsi Cerita Pelik

BEKAS peserta program nyanyian Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron mendedahkan mengalami pengalaman pelik sepanjang beraksi di pentas pertandingan itu.

Menurut Syura, dia memang mengalami kebas badan dan hilang suara serta muntah-muntah sejak beberpa minggu lalu.

Namun, penyanyi Nazam Berkasih itu menganggap keadaan itu berpunca daripada penat berlebihan sepanjang penglibatan dalam GV4 sebelum seorang pakar motivasi menegur perubahannya.

“Saya memang perasan dalam beberapa minggu ini suara saya pasti hilang setiap kali waktu pagi.

“Kadang-kadang saya juga alami migraine dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.

“Mula-mula tak ambil peduli sebab saya sangkakan itu salah satu tanda-tanda penat berlebihan.

“Tetapi apabila ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir,” katanya dipetik Astro Gempak.

Malah, pakar motivasi itu menyatakan seakan seram melihat dirinya dan bertanyakan jika ada mengalami mimpi buruk atau pelik.

Akui pemilik nama Zuraidah Badron ini lagi, teman-teman rapatnya juga mengatakan benda yang sama. Kata mereka, muka seram Syura membuatkan mereka takut untuk bertegur sapa dengannya.


“Sebenarnya sebelum ditegur datuk, kawan-kawan rapat saya juga ada berkata benda yang sama, mereka akui seram melihat wajah saya sampai takut nak tegur,” ujarnya.

Tambah Syura lagi, keadaan misteri itu mula ‘menghantuinya’ sejak September lalu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia.

“Berat saya turun sebanyak 12 kilogram selepas terkena penyakit itu walaupun saya makan seperti biasa,” ceritanya lagi.

Mulanya, Syura memang ingin pergi berubat, tetapi niatnya itu terbantut kerana komitmen dalam GV4 serta kekangan masa.

Namun, penyanyi ini menyatakan dia akan berjumpa dengan pakar untuk berubat selepas ini.

Syura merupakan peserta terakhir yang tersingkir dari program nyanyian tersebut apabila mendapat markah terendah dalam pusingan separuh akhir sekaligus terpaksa akur tidak dapat beraksi di pentas akhir GV4.

Konsert Akhir Gegar Vaganza 4 akan berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada 17 Disember depan dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori