Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Raja Salman, Najib Adakan...

PUTRAJAYA - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana...

Penularan COVID-19 Di KL,...

KUALA LUMPUR - Penularan wabak COVID-19 dilihat semakin membimbangkan, apabila mencatatkan pertambahan kes...

Wanita Didakwa Simpan Harta...

Melaka : Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Sheila Rusly Sebak Saharul...

JIKA anda merupakan peminat setia Saharul Ridzwan, pasti anda menyedari Saharul dan Janna...

Beruang Kutub Dirakam Sebelum Mati Kebuluran

INI mungkin antara salah satu rakaman video paling tragis dan menyayat hati yang bakal anda tonton seumur hidup anda.

Laman Facebook National Geographic berkongsikan satu video dramatik memaparkan seekor beruang kutub yang kelihatan kurus kering dan lemah sedang mencari makanan di sebuah pulau terpencil di Baffin, Kanada.

Situasi menyedihkan itu dirakam jurugambar dan videografer profesional, Paul Nicklen sambil mengalirkan air mata.

“Kami berdiri di sana sambil menangis dengan air mata berjuraian di pipi kami,” katanya.

Menerusi rakaman, beruang kutub itu dilihat bergelut untuk mencari makanan dengan salah satu kaki belakangnya menyeret di belakang, mungkin disebabkan oleh penyusutan jaringan otot atrofi.

Spesies pemangsa yang berada di carta teratas dalam rantai makanan itu kini mencari makanan di tempat pembuangan sisa sampah yang ditinggalkan oleh para nelayan.

Beruang itu kemudian dilihat rebah ke tanah yang mana dipercayai mungkin hanya beberapa jam sebelum kematiannya.


Difahamkan, kawasan di kepulauan Baffin itu dahulunya merupakan kawasan lautan ais batu atau bongkah ais namun ia kini mencair akibat pemanasan global.

Nicklen yang merasa sebak tetap terus merakam  kesengsaraan dan ‘pengakhiran’ beruang itu secara perlahan dan menyiarkan di media sosial sebagai bukti kesan perubahan iklim dalam rakaman visual yang amat grafik sekali.

“Apabila para saintis mengatakan beruang kutub makin pupus, saya mahu orang ramai menyedari perkara ini juga berlaku, iaitu beruang kutub akan mati kelaparan.

“Hakikatnya mudah, jika bumi terus panas, kita pastinya akan kehilangan beruang kutub dan seluruh ekosistemnya,” katanya.

Beruang kutub berasal dari Artik dan diancam kepupusan disebabkan perubahan iklim.

Mereka bergantung kepada suhu paras beku benua tersebut untuk memburu anjing laut sebagai punca makanan utama mereka, selain ikan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori