Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Dalam Kemalangan...

DUA maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Kilometer (km) 405.8, di Lebuhraya Utara...

PH Didakwa Gagal Selesaikan...

KUANTAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menyelesaikan isu-isu melibatkan komuniti orang...

ASEAN Blok Penting, Harus...

SINGAPURA - Malaysia menekankan pentingnya bagi ASEAN bersatu sebagai sebuah blok dalam menyuarakan...

Larian Obor KL 2017...

SIMUNJAN (Sarawak) - Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL 2017) bagi peringkat Bahagian...

Beruang Kutub Singapura Kini Tertua Di Dunia

SINGAPURA – Sebuah kek hari jadi yang diperbuat daripada agar-agar dan dihiasi dengan kepala ikan salmon mungkin adalah ‘hadiah’ terbaik buat si beruang kutub di Zoo Singapura, Inuka.

Inuka menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 26 Disember lalu, menurut laporan stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia, sekali gus beruang kutub tertua di dunia dalam jagaan pihak zoo.

Beruang kutub itu, yang jika dikira usianya mengikut umur manusia adalah dalam lingkungan 70-an tahun, diberikan kek istimewa itu, dengan disaksikan sekitar 400 pengunjung taman haiwan berkenaan.

Ini merupakan kali pertama Inuka menerima kek yang diperbuat khas daripada agar-agar, sebagai menggunakan rumpai laut yang biasanya digunakan dalam pencuci mulut di benua Asia.

Sebelum ini, kek hari jadi Inuka hanya menggunakan ais sebagai bahan asasnya dan pelbagai hiasan di atas kek sambutan ulang tahun kelahiran itu.

Namun tahun ini, kek tersebut dibuat daripada agar-agar supaya mudah digigit oleh Inuka, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Singapura, Dr. Cheng Wen-Haur.

“Bagi kek ulang tahunnya kami perlu menghasilkan sesuatu yang amat istimewa, dengan menimbangkan dietnya sebagai beruang yang sudah tua. Ia dibuat dengan kadar gula rendah dan protein serta lemak yang bermutu tinggi.

“Juga ikan salmon kerana ia adalah makanan kegemaran Inuka,” kata Cheng yang juga merupakan Ketua Pegawai Sains Hayat bagi abatan Pemuliharaan Hidupan Liar Singapura (WRS).

Inuka yang turut dilahirkan di Singapura sudah melepasi purata jangka hayat maksimum 25 tahun bagi beruang kutub di bawah kawalan jagaan manusia.

Buat masa ini ia diletakkan di bawah program jagaan haiwan tua, yang membantu menguruskan penyakit artritisnya. Berat Inuka sekarang adalah 513 kilogram dan tingginya berukuran 2.5 meter dari hidung ke ekor.


Ini termasuk pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap minggu, diet khas dan pemantauan serta penilaian yang dilakukan setiap hari bagi meneliti mutu hidup Inuka.

Dr. Cheng berkata Inuka adalah beruang kutub terakhir yang dijaga di Taman Haiwan Singapura dalam “tempoh yang begitu lama”.

“Dasar kami sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada haiwan-haiwan yang boleh kami wujudkan persekitaran hampir sama dengan sekitaran semula jadi haiwan itu.

“Jadi, untuk membawa seekor lagi beruang kutub kami perlu mewujudkan persekitaran buatan baginya dan jejak karbon untuk melakukan sedemikian di Singapura terlalu tinggi.

“Ini tidak sejajar dengan mesej pemuliharaan yang mahu kami sebarkan,” tambah beliau. Keputusan untuk tidak membawa lebih banyak beruang kutub ke Singapura pada masa akan datang dibuat sedekad yang lalu.

Ia susulan rundingan dengan pihak jawatankuasa etika kebajikan dan perunding luar Zoo Singapura. Setakat ini keadaan Inuka kekal stabil dan penjaganya juga bersikap optimis.

“Kami sedang memantau mutu hidupnya dan dengan cara ia menikmati kek hari jadinya tadi, nampaknya selera makannya masih kuat dan bersemangat untuk terus hidup,” kata Dr. Cheng. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori