Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ICERD: Rumusan Lim Kit...

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan rumusan Lim Kit Siang mengenai negara umat Islam...

Video: Orang Jepun Dicabar...

MAKANAN khas setiap negara menjadi cabaran tersendiri untuk dirasai misalnya. negara jiran kita,...

Coklat Pupus Pada 2050...

WASHINGTON DC - Penggemar coklat di seluruh dunia kemungkinan suatu hari nanti tidak...

Polis Cari Nur Haziqah...

Tangkak : Polis mencari seorang wanita, Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting...

BN Johor Tingkat Gerak Kerja Hadapi PRU14

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan terus mempertingkatkan gerak kerja jenteranya sebaik mungkin sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini termasuk mengadakan pelbagai program khusus serta latihan.

“Bagi menghadapi PRU14, pelbagai usaha dan gerak kerja dilakukan bagi menyantuni pengundi selain pelancaran program dan titik sentuhan melalui pembentangan Bajet 2018,” kata beliau ketika mengulas tentang persediaan BN Johor untuk menghadapi PRU14 selepas Perhimpunan Agung UMNO, yang berakhir semalam.

Menteri Besar Johor itu berkata kepimpinan BN negeri juga masih belum memuktamadkan lagi senarai nama calon pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan E-paper Utusan Borneo serta menyampaikan sumbangan Hari Krismas kepada masyarakat Sarawak di Pasar Borneo di sini hari ini.


Seramai 200 orang kurang berkemampuan menerima bantuan sumbangan RM200 termasuk wang tunai dan barangan keperluan daripada Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Di samping itu, seramai 100 pelajar masyarakat itu menerima baucar bantuan persekolahan bernilai RM130 seorang. – BERNAMA

Kategori