Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengerusi BN Kedah Mengundi...

PADANG TERAP: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengundi di...

Jenazah Pelajar Perubatan Uthaya...

SEPANG - Jenazah pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di India, S. Uthaya...

Bukti Video Seks Tular...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Peguam Negara membuktikan video seks mengaitkan dirinya itu hanyalah...

Bengang Dengan Bapa, Anak...

KEJAM... Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa dendam bapa saudara selepas ditetak hingga putus...

Bomba Kaji Risiko Kebakaran Rumah Orang Tua

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang mengkaji risiko kebakaran di pusat penjagaan warga tua di seluruh negeri ini bagi didedahkan kepada semua pengusaha premis berkenaan untuk melakukan penambahbaikan.

Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata kajian tersebut akan dilakukan mulai bulan depan menerusi lawatan berkala dan pemeriksaan bersepadu secara menyeluruh ke atas pusat jagaan berkenaan termasuk rumah anak yatim bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan bagi mengumpulkan maklumat khusus termasuk mendapatkan jumlah pusat jagaan warga tua yang wujud di negeri ini untuk memudahkan kita menyusun semula gerak kerja.

“Ketua-ketua balai bomba di seluruh negeri juga diarahkan supaya memastikan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terlibat dilaksanakan mulai bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra bersama media di sini, malam tadi.

Tambahnya, sebelum ini juga, tiada sebarang pemeriksaan menyeluruh dilakukan jabatan berkenaan ke atas pusat-pusat jagaan warga tua melainkan lawatan secara berkala untuk memberi khidmat nasihat mengenai aspek keselamatan kebakaran.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden kebakaran pusat jagaan rumah orang tua di Persiaran Sungai Long, Kajang dekat sini sehingga mengorbankan lima nyawa pada 13 Dis lepas.

Azmi berkata bagi kejadian kebakaran di Kajang itu, pihaknya masih lagi menganalisis hasil dapatan untuk mengenal pasti punca sebenar dan ia akan dimaklumkan menerusi satu kenyataan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori