Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Jadi ‘Tokan’ Dadah...

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah memakan diri apabila...

Kerajaan Selangor Lulus Kuil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk mengazetkan kawasan seluas satu ekar...

Pelancong Warga India Dikhuatiri...

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang...

Bayi Ditemui Atas Bonet...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja kilang terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di...

Budak Lelaki 2 Tahun Berdarah Dipatuk Ular

IPOH – Muhammad Izz Fayat Sumardi, berusia dua tahun, sedang nyenyak tidur bersama ibunya di atas lantai dalam bilik rumah mereka di sini, bila tiba-tiba dikejutkan oleh tetamu tidak diundang – seekor ular tedung senduk sepanjang 0.9 meter.

Muhammad menjerit apabila terkena patukan reptilia tersebut.

Mujur ketika itu, bapanya baru saja pulang selepas selesai bertugas syif malam, untuk menguruskan hal anaknya itu.

Sumardi Chek Had, 39, bapa mangsa berkata ketika kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi semalam dia baru hendak melelapkan mata selepas selesai bertugas, bila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menjerit.

“Dia menangis dan menjerit bila isteri saya lihat tapak tangan kirinya berdarah serta terdapat dua kesan patukan ular.

“Panik dengan keadaan itu, saya terus membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun serta menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meminta mereka menangkap ular yang berada di bawah katil,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan hari ini.

Sumardi yang menjaga anaknya sepanjang malam di hospital, berkata kesakitan yang ditanggung anaknya itu ketara dalam tempoh 24 jam walaupun telah menerima rawatan kerana setiap kali terjaga dari tidur dia akan menangis.

Menceritakan detik cemas itu, Sumardi berkata sepanjang perjalanan ke hospital, Muhammad menangis tanpa henti dan tangan kirinya kebiru-biruan serta badan lemah tidak bermaya.


“Di hospital, dia akan menangis apabila terjaga dari tidur, saya tahu dia dalam kesakitan, tetapi Alhamdulillah pagi ini sudah boleh tersenyum cuma tangan kirinya masih bengkak sehingga ke paras siku.

“Doktor juga memaklumkan paru-paru dan buah pinggang anak saya tidak apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Sumardi berkata setelah kejadian tersebut tular di laman sosial, beberapa jiran mengadu rumah mereka di Bandar Baru Putra di sini pernah dimasuki ular tedung berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab berusaha mengesan lubuk reptilia berkenaan supaya tiada lagi yang menjadi mangsa. – BERNAMA

Kategori