Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kadar Jenayah Di Buntong...

IPOH - Usaha memerangi jenayah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ahli politik dan...

Realiti Di Sebalik Gambar...

SEMEMANGNYA sudah menjadi satu trend untuk golongan anak muda di seluruh dunia sekarang...

GST: Wanita MCA Anjur...

KUALA LUMPUR - Wanita MCA dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melaksanakan...

Rakyat Malaysia CEO Gaji...

SEORANG lelaki kelahiran Malaysia dilaporkan menerima gaji tertinggi di antara Ketua Pegawai Eksekutif...

Budak Lelaki Minta Santa Claus ‘Kembalikan Ibu’

SIMON Thomas mendedahkan permintaan anak lelakinya memohon kepada Santa Claus dalam satu surat yang menyentuh hati.

Dalam surat itu, Ethan, 8, memohon agar Santa Claus dapat mengembalikan semula ibunya.

Isteri penyampai saluran berita sukan Sky Sports itu, Gemma meninggal dunia pada 24 November lalu, tiga hari selepas disahkan menghidap penyakit leukaemia.

Gemma, 40, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Simon dan anak lelakinya, Ethan, 8.

Simon, 44, memuat naik gambar surat yang ditulis Ethan kepada Santa Claus di laman Instragramnya.


“Krismas ini, saya berusia lapan tahun. Tiga perkara yang saya gemar lakukan semasa Krismas adalah ‘Playmobil, Lego dan Mummy back (ibu kembali semula).’

Dalam kapsyen gambar itu, Simon berkata dia berharap dapat menunaikan permintaan ketiga anaknya.

Gambar tersebut turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengikut Simon. – mStar

Kategori