Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

JDT Bertemu PKNS Di...

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei ini akan menyaksikan...

‘Misteri’ Letupan Bom Di...

AUSTIN - Sekurang-kurangnya dua orang lelaki dalam lingkungan usia 20-an cedera dalam satu...

Penduduk Cyberjaya ‘Gila’ Nasi...

MEMANG tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang...

Negeri Ditadbir PH Tak...

Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri...

Buka Lebih Banyak MRSM Ulul Albab Di Sabah

SAYA menyambut baik cadangan usul yang dikemukakan oleh Perwakilan UMNO Sabah di Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk buka lebih banyak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab di negeri itu.

MRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan Sains Tulen dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Pada ketika ini, terdapat 9 buah MRSM Ulul Albab di seluruh negara.

Objektifnya adalah untuk melahirkan ahli professional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang agama berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kerajaan juta telah memperuntukan sebanyak RM600 juta untuk membina sebanyak lima buah lagi MRSM Ulul Albab di seluruh negara termasuk satu di Semporna, Sabah yang mula beroperasi tahun ini.

Setelah hampir tujuh tahun program ini dilaksanakan, seramai 1,164 orang Hafiz yang juga cemerlang dalam bidang Sains Tulen telah dilahirkan.

Saya bersetuju dengan cadangan supaya lebih banyak MRSM Ulul Albab dibina di Sabah agar ia boleh membuka peluang anak-anak Sabah untuk menjadi cendekawan Islam yang tersohor.


Tambahan pula, Sabah mempunyai populasi penduduk beragama Islam yang besar dengan jumlah melebihi 60%.

Saya percaya kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berusaha mengambil segala inisiatif agar MRSM Ulul Albab ini dapat diperkembangkan lagi khususnya di Malaysia Timur.

Insya Allah, dengan berkat daya usaha serta keprihatinan pihak kerajaan, permintaan suara akar umbi UMNO boleh direalisasikan.

Dato’ Rizal Bin Mansor
Presiden, 
Majlis Permuafakatan Pendidikan MARA Kebangsaan. (MUAFAKAT)

Kategori