Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU14 Medan Terbaik UMNO,...

KUALA LANGAT – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Bas Ekspres, Treler Jatuh...

BUKIT BERUNTUNG - Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam...

KWSP Akui Ada Transaksi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesan transaksi tidak sah permohonan...

Produk Kombinasi Baharu Rawatan...

PUTRAJAYA : Persidangan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 bersetuju memberikan kelulusan...

“Bukan Soal Kalau Tak Salah Takkan Melenting” – Izreen

SEJAK mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Wahid atau Ude, nama pelakon Izreen Azminda semakin menjadi perhatian.

Baca: Izreen Dah Nikah, Isteri Pertama Tak Kisah Bermadu

Juga: “Izreen Azminda, Intan Liana Isteri Saya” – Ude

Lagi: Suami Minta Rahsiakan Sementara Waktu – Izreen

Baru-baru ini, pelakon ini seakan-akan bengang apabila gambarnya yang tidak memakai tudung di rumah menjadi tular menerusi laman sosial.

Malahan, katanya ada pihak yang menabur fitnah dengan mengatakan konon gambar tersebut diambil sebelum dia dan Ude berkahwin.

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan.

“Diam tidak bererti salah dan takut. Cuma memberi ruang untuk kesemua pihak yang terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

“Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami yang tidak bertudung. Nama pun dekat rumah, takkan nak pakai jubah!

“Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kami berkahwin oleh seorang kawan yang datang ke rumah,” tulisnya di laman Instagram.

Teraju utama drama Eksperimen Cinta ini menafikan kenyataan yang kononnya ada kawan yang telah datang ke rumahnya dan mengambil gambar tersebut.

Sementara itu, pelakon berusia 32 tahun ini menyifatkan perbuatan pihak tersebut tidak bermoral dan berhati binatang.


Menurut Izreen, dia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan gambar tersebut kerana telah menjatuhkan maruahnya.

“Sekarang bukan soal ‘kalau tak salah, takkan melenting’! Yang buat melenting ni sebab gambar itu gambar peribadi bersama suami!

“Kalau bini (isteri) nombor 2 pun dah kenapa kalau nak ambil gambar romantik pun!” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izreen mengingatkan yang dosa sesama manusia perlu diselesaikan dengan meminta maaf kepada individu itu sendiri.

Pelakon ini turut meminta pihak tersebut berhenti dari menabur fitnah dan menyebarkan cerita yang tidak betul demi menjatuhkan dirinya.

Izreen dan Ude telah bernikah pada 8 Ogos lalu secara tertutup dan isteri pertama Ude, Intan Liana hanya mengetahui berita berkenaan pada November lalu. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori