Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3 Pelajar Sekolah Antara...

BATU GAJAH - Polis menahan 14 lelaki termasuk tiga pelajar sekolah dan merampas...

Bantah Mansuh Elaun BIPK,...

PETALING JAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disaran...

Kerajaan Tidak Berkompromi Dalam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara dan akan...

Kuih ‘Kuba Guling’ Turut...

YALA - Kuih "kuba guling" atau “kerbau guling” yang begitu popular di Rantau...

Bukti Tidak Mencukupi Dakwa Annuar Musa

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwa bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihak pendakwa raya membuat keputusan tersebut selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihaknya.

“Setelah diteliti, pihak pendakwa raya memutuskan alasan keterangan-keterangan yang diambil serta bukti-bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Annuar Musa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Januari lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendakwa penyaluran wang Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan TRW.


Tersentap dengan dakwaan TMJ itu, Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menafikan tuduhan kononnya beliau guna wang Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL untuk menaja pasukan TRW.

Justeru, pada 3 Februari lalu, Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO, hadir di pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa. — BERNAMA

Kategori