Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rusia Tawar Ganjaran AS$50...

MOSCOW - Perkhidmatan Keselamatan Rusia (FSB) menawarkan ganjaran AS$50 juta (RM218.5 juta) kepada...

PRN Melaka: Masa Untuk...

MELAKA TENGAH : Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

Khalid Minta Henti Pemberian...

MELAKA - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri disaran agar menghentikan pengeluaran...

Siasatan SPRM: Tiada Individu...

LANGKAWI - Tiada individu bergelar Tun yang tersenarai dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Bunuh Diri Kerana Malu Hadapi Masalah Usus

KEKASIH kepada bekas bintang bola sepak Manchester City, Faye Howard, 23, telah membunuh diri selepas berdepan dengan masalah usus yang disifatkannya sebagai memalukannya.

Faye, yang merupakan pekerja bank, sempat menghantar mesej terakhir kepada penjaga gol Billy O’Brien, 22, selepas dia berasa malu dan seolah-olah menjadi bebanan kerana masalah usus yang dialaminya itu.

Wanita itu kemudiannya ditemui tergantung di Dunham Massey Park berhampiran Altrincham selepas Billy memaklumkan kepada polis sebaik sahaja menerima mesej berkenaan.

Turut ditemui pada mayatnya ialah telefon bimbit yang masih memainkan lagu, gambar datuknya dan dua bekas ubat anti kemurungan. Manakala sekeping nota bunuh diri ditemui di dalam bilik tidurnya.

Dia menghidap Pelvic Floor Dyssynergia dan keadaan ini telah menjejaskan kerjanya.

Billy ketika memberikan keterangan dalam inkues yang diadakan berkata, dia bertemu dengan Faye pada 2015 menerusi media sosial dan kemudian hubungan mereka menjadi serius.

“Ketika kami bercuti bersama, dia mula mengalami sakit perut dan dia bertemu doktor sebaik sahaja kami kembali ke UK.

“Selepas berbulan-bulan, penyakitnya tidak berubah dan ia mula memberikan kesan kepada Faye,ā€™ā€™ kata Billy.


Pada Januari 2017, Billy terpaksa ke Scotland atas urusan kerja dan Faye pula sukar mencari kerja lalu dia berpindah balik ke Manchester.

Sejak itu hubungan mereka menjadi tegang kerana Faye berasa malu dengan Billy.

“Saya bercadang untuk bertemunya sekembali dari Scotland namun apabila dia menghantar mesej itu, saya tahu ia adalah serius lalu menghubungi polis,ā€™ā€™ katanya.

Faye juga dikatakan sering mengalami migraine dan terpaksa mengambil ubat. Masalah ususnya itu boleh dirawat dengan pembedahan namun dia mengalami kemurungan selepas setahun baru penyakit itu dikesan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori