Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Nasional Ketiga Perlu...

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar hari...

MB Terengganu Ucap Tahniah...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh...

Warga Syria Terkandas Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan pemberian pas khas melalui Program Penempatan...

Penuntut UniMAP Maut Kereta...

KUBANG PASU - Seorang mahasiswa maut setelah kereta dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang...

Cadang Wujud Penasihat Undang-Undang JAKOA

KUALA LUMPUR – Jawatan Penasihat Undang-Undang (PUU) dicadangkan diwujudkan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi memperkasakan jabatan itu.

Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata PUU ini perlu diwujudkan kerana banyak kes pencerebohan tanah, kes tuntutan di mahkamah, kes pertikaian dengan pejabat tanah daerah melibatkan masyarakat Orang Asli.

“Jika JAKOA mempunyai PUU, banyak kes dapat ditangani lebih awal terutamanya isu pencerobohan, pengambilan dan penjualan tanah secara tidak sah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu Isa turut mengesyorkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menambah jumlah anggota Penyelaras Program Agama Islam (Penggerak) bagi meningkatkan pemahaman Islam kepada masyarakat Orang Asli.


Kakitangan pembantu kepada Penyelaras Program Agama Islam cemerlang yang bertugas di Majlis-Majlis Agama Islam boleh dilantik sebagai anggota Penggerak dengan gred gaji yang lebih baik.

“Elaun khas Penggerak yang lebih tinggi perlu diberikan kepada mereka bekerja jauh di pedalaman, dalam keadaan berselut, menggunakan motosikal, pacuan empat roda dan berdepan dengan budaya yang berbeza,” katanya. – BERNAMA

Kategori