Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pak Ya Pernah Ditahan...

KUALA NERANG - Kerana miliki misai yang unik menyebabkan lelaki kelahiran Kampung Pinang,...

KWSP Diminta Lebih Fleksibel...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata beliau telah...

Polis Terima 198 Laporan...

PORT DICKSON - Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu...

Bos AirAsia Marah PSC...

CERITA ini mungkin tidak ramai tahu, namun realitinya sejak Mei 2014, AirAsia sudah...

Caj Parkir: Teresa Kok & Satu Pihak Lagi Gagal Dalam Permohonan

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan satu pihak lagi, hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Datuk Bandar Kuala Lumpur melantik Yayasan Wilayah Persekutuan bagi mengendalikan dan mengutip caj bayaran parkir awam.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Azizah Nawawi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Kok dan Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd Yusof Abdul Rahman selaku pemohon terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin selaku responden.

Azizah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan seperti termaktub dalam Perintah Tetap Pengurusan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak Datuk Bandar Kuala Lumpur Tahun 2005.

“Pelantikan Yayasan Wilayah Persekutuan telah memathui Perintah 13 dalam Perintah 2015, bahawa terdapat proses tender bahawa yayasan itu adalah sebuah organisasi kebajikan bukan berkeuntungan yang memenuhi keperluan dan kebajikan Wilayah Persekutuan.

“…bahawa yayasan itu adalah sebuah syarikat Bumiputera, tiada perbelanjaan yang ditanggung oleh responden dan responden ditetapkan untuk menjana pendapatan sebanyak RM600,000 daripada kadar kutipan pakir yang disemak semula.

“Ia tidak boleh dikatakan bahawa pelantikan yayasan itu adalah undang-undang yang tidak baik,” katanya sambil memutuskan tiada merit dalam permohonan itu dan menolak permohonan dengan kos RM5,000.

Pada 22 Mei lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada pemohon untuk memulakan prosiding semakan kehakiman yang difailkan Kok dan Mohd Yusof pada 7 Okt lepas dengan menamakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Mhd Amin Nordin dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden pertama hingga ketiga.


Bagaimanapun, Tengku Adnan dan DBKL telah dikeluarkan daripada senarai responden.

Dalam permohonan itu, kedua-dua pemohon menuntut satu deklarasi bahawa kenaikan caj parkir yang dikenakan adalah terlampau dan tidak munasabah, terlampau tinggi dan membebankan orang ramai.

Mereka turut mendakwa kenaikan caj dilaksanakan oleh responden juga telah gagal mengambil kira keadaan sistem pengangkutan awam yang masih belum sempurna dan tidak meliputi kebanyakan kawasan terutamanya di pinggir bandar.

Turut hadir dalam prosiding itu peguam S. N. Nair dan K. Murali yang mewakili Kok dan Mohd Yusof manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur diwakili peguam Datuk S. Satharuban. – BERNAMA

Kategori