Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemain Bola Palestin Ditembak...

SEORANG pemain bola Palestin, Mohammed Khalil, terpaksa melupakan kariernya dalam bidang bola sepak...

Mesyuarat AMMTC Memasuki Hari...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat...

Jho Low Mungkin Masuk...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal sesi...

CAPASA Beri Kemudahan Kepada Warga ATM

LUMUT – Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) hari ini melancarkan laman web jualan atas talian pertama, CAPASA (Care for Partner Satisfaction), dalam usaha menembusi pasaran luar.

Pengerusi Pernama, Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata laman web tersebut merupakan antara usaha bagi memberi kemudahan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka membeli barangan keperluan harian selain mengikut perkembangan teknologi terkini.

“Di samping menjual dengan harga murah, kita juga sedang meningkatkan efisiensi menggunakan teknologi terkini melalui pelaksanaan e-dagang online.

“Melalui platform e-dagang, ia akan mewujudkan kemudahan pembelian atas talian seperti Lazada, dan barang itu dihantar ke rumah,” katanya semasa berucap pada Majlis Transformasi Kompleks Mutiara Armada Pangkalan TLDM yang dirasmikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hishamuddin turut melancarkan Website CAPASA dan Produk Harga Cakna dan Produk Harga Prihatin.

Abdul Aziz berkata pihaknya sentiasa komited dalam membantu dan meringankan beban anggota dan veteran ATM dengan meletakkan harga barangan yang dijual di Pernama lebih rendah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata usaha tersebut menyokong teras Kementerian Pertahanan yang kini diperkembangkan lagi dengan menambah rangkaian produk yang ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 40 peratus di bawah produk Cakna.


“Rangkaian Produk Harga Cakna terdiri daripada 133 barangan keperluan harian dengan diskaun 30 hingga 40 peratus namun promosi terhad sehingga 31 Mac 2018. Kita juga menambah kepada 500 jenis produk daripada 200 produk dahulu dengan diskaun 20 hingga 30 peratus di bawah Produk Harga Prihatin secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Hishamuddin berkata peranan Pernama dalam membantu meringankan beban anggota dan veteran ATM dilihat salah satu pembelaan kepada golongan tersebut yang berjuang demi negara.

“Saya harap transformasi yang dilakukan Pernama dapat disahut kedai runcit lain dan penjenamaan Pernama untuk anggota, veteran dan keluarga dapat menyuntik semangat patriotisme dan kerajaan terus membela kebajikan mereka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ATM

Kategori