Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kuota Haji Malaysia Dinaikkan...

SEPANG - Kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1441 Hijrah) meningkat...

Pihak Berkuasa Dapat Maklumat...

NEW YORK - Pihak berkuasa Malaysia telah menerima beberapa maklumat mengenai keberadaan jutawan...

Pantau Pelawat Dari Brazil...

KUALA LUMPUR - Malaysia melaksanakan pemantauan ke atas individu-individu yang tiba di Malaysia...

Dua Ekor Buaya Tembaga...

MELAKA - Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung...

Caprice Tegur Fans K-Pop Ratap Kematian Jonghyun

KEMATIAN merupakan satu kejadian yang tidak diduga dan bukan salah jika kita mahu bersedih atas kematian orang bukan Muslim tetapi janganlah sehingga melampaui batas agama.

Semalam, dianggarkan seramai 100 orang peminat mendiang Kim Jong-hyun telah berkumpul di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek di ibu negara bagi memperingai kematian penyanyi kesayangan mereka.

Jong-hyun merupakan bekas vokalis kumpulan K-Pop popular, Shinee yang terkenal di Korea Selatan dan kematiannya berpunca daripada kejadian bunuh diri akibat kemurungan.

Semua peminat yang hadir pada acara memperingati kematian penyanyi tersebut telah menyalakan lilin serta membawa belon sambil menangis bagaikan meratapi kepergiannya.

Selain itu, mereka turut membawa sepanduk serta beberapa keping gambar mendiang Jong-hyun dan bunga dengan harapan konon semoga dia ‘tenang’ di sana.

Namun apa yang menjadi persoalannya ialah apabila terdapat beberapa susuk tubuh gadis Muslim di situ yang lengkap bertudung kemas.

Ramai netizen mempersoalkan kehadiran gadis yang beragama Islam di sana.

Tak dinafikan, memang ada segelintir netizen yang berfikiran cetek telah mempersendakan kematian Jong-hyun dan menganggap sesiapa yang mati bunuh diri tidak layak untuk diingati.

Bagaimanapun, itu bukanlah ‘lampu hijau’ bagi fans K-Pop di Malaysia untuk meratap sehingga over bagaikan kematiannya itu bagaikan satu kehilangan yang sangat dahsyat di dunia sehingga boleh mengubah segalanya.

Tidak salah untuk bersedih tetapi tidak perlu sehingga meratap serta turut mengikuti acara tersebut yang jelas sekali bertentangan dengan agama Islam.


Seperti biasa, jika ada isu yang sensitif sebegini, seorang artis tempatan iaitu Caprice terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendapat peribadinya sendiri.

“Ramai peminat K-Pop bersedih atas apa yang jadi tapi ada juga netizen yang ambil kesempatan nak caci dan maki atas apa yang jadi,” ujarnya di dalam video tersebut.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang merupakan seorang penyanyi dan raper dikatakan telah menerima banyak kritikan berkenaan pandangannya tentang kejadian tersebut.

“Korang boleh benci artis K-Pop, tapi jangan menghina orang yang meninggal,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Caprice turut membuat perbandingan dan contoh yang agak menusuk dengan mempersoalkan, bagaimana rasanya  jika ada agama lain yang menghina kematian umat Islam?

Apa perasaan kita sebagai Muslim apabila ada agama lain mempersendakan kematian umat Islam di Palestin sana.

Namun itu tidak bermaksud Caprice bersetuju dengan tindakan umat Islam yang menghadiri acara memperingati mendiang tetapi jika dipandang di sudut yang baik, ia juga telah merapatkan hubungan antara pelbagai kaum.

“Memang over pun tapi cuba tengok positif side yang mana pelbagai bangsa berkumpul dalam acara tu. Muslim Chinese, Indian dan Kristian berkumpul ramai-ramai untuk satu tujuan yang sama.

“Korang takkan nampak Chinese boleh menangis sama-sama dengan orang Muslim, bertudung pula tu,” tambahnya lagi.

Harapnya dalam masa akan datang tak akan ada lagi isu seperti ini yang timbul yang mana netizen menghina mereka yang mati akibat bunuh diri.

Memang perbuatan bunuh diri itu merupakan perkara yang dibenci oleh setiap agama. Tapi jangan sampai persenda kematian orang lain yang akan menyinggung perasaan ahli keluarga mereka sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori