Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Malaysia Bunuh Kekasih...

GARA-GARA bengang hubungan songsang tidak diakui oleh pasangan kepada umum dan keluarga, seorang...

Doktor Penuhi Permintaan Pesakit...

PETALING JAYA - Pesakit meminta antibiotik dan doktor pula memenuhi permintaan itu menjadikan...

Radwanska Umum Bersara Daripada...

WARSAW - Pemain tenis wanita dari Poland, Agnieszka Radwanska berkata dia telah membuat...

Polis Tahan Dua Wanita...

BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua...

Cubaan Letup Kompleks Sempadan Malaysia Kantoi

TUMPAT – Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya.

Suspek yang berusia 30-an itu menunggang motosikal sebelum ditahan di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang berikutan kelihatan mencurigakan, pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek yang berasal dari Pandamaran, Klang, Selangor itu malah cuba bertindak agresif dan sempat bergelut dengan pihak berkuasa ketika ditahan.

“Hasil soal siasat lanjut dibuat terhadap suspek yang datang dengan menaiki Yamaha Lagenda itu mengaku memang ingin meletupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan pondok kawalan Aksem di situ.

“Pemeriksaan lanjut dalam beg sandang yang dibawa suspek mengandungi lima plastik bijian, satu plastik serbuk kuning, sebilah pisau, gunting, pemutar skru, lilitan watar tembaga, bateri dan pasport milik suspek,” katanya.

Hasanuddin mengesahkan demikian ketika sidang media, di sini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, hari ini. Beliau berkata, suspek dalam senarai dikehendaki untuk kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958.


Lelaki berkenaan malah turut mempunyai rekod berkaitan dadah. Hasil saringan mendapati suspek positif methampethamine dan kini ditahan untuk siasatan lanjut sama ada mengalami masalah mental atau tidak.

Terdahulu Hasanuddin menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Tumpat iaitu Superintendan Ab. Rashid Mat Daud yang menggantikan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori