Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

Saya Hampir Putus Asa...

KESUKARAN untuk bernafas di dalam cuaca sejuk melampau sehingga -27 darjah Celsius membuatkan...

“Saya Mengalah Pada Ketentuan...

KISAH putus ikatan pertunangan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy masih...

Yuna Jatuh Cinta Dengan...

TAHNIAH diucapkan buat Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai atas pertunangan bersama jejaka...

Cubaan Sebar Ajaran Sesat Di Unisza Disahkan Gagal

KUALA TERENGGANU – Kumpulan sesat menggelarkan diri sebagai ‘Mother of God’ dikesan cuba sebar ajaran World Mission Society Church Of God di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, usaha mereka dikesan sejak awal November lalu, tetapi gagal selepas seorang daripada tujuh ahli kumpulan itu ditahan pentadbiran universiti.

Beliau berkata, individu terbabit dikesan selepas ada pelajar membuat pendedahan mengenai kegiatan kumpulan berkenaan menerusi laman sosial Facebook miliknya, sebelum melaporkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“MPP kemudian memaklumkan kes itu kepada pihak keselamatan UniSZA untuk tindakan lanjut. Isu ini turut dapat perhatian MCA Kuala Terengganu dan Persatuan Gereja Kuala Terengganu, yang kemudian membuat laporan polis.

“Kita berjaya menggagalkan kegiatan jahat pihak tidak bertanggungjawab itu. Kumpulan ini tidak sasar penuntut Muslim, sebaliknya cuba mempengaruhi penuntut Kristian melalui temu bual yang dijalankan di dalam kampus.

“Kepekaan yang ditunjukkan penuntut berkenaan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan akhirnya berjaya menangani isu yang boleh jejas keharmonian dalam kampus ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, pihak UniSZA turut mengambil tindakan susulan dengan lebih memperketatkan kawalan di pintu masuk kampus tersebut, termasuk meningkatkan jumlah kamera litar tertutup di beberapa kawasan tertentu.

Katanya, pihak universiti berkenaan juga memperkasakan lagi program kesedaran kepada semua penuntut supaya lebih sensitif dengan isu sensasi yang mengelirukan supaya mereka tidak mudah ditipu kumpulan luar.

“Selain itu, UniSZA menjalankan kerjasama erat dengan Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia bagi tangkis sebarang permasalahan atau perkara yang boleh ganggu gugat keharmonian penuntut,” katanya.

Dalam pada itu, satu laporan polis mengenai penyebaran ajaran sesat Kristian di sekitar Kuala Terengganu yang menyasarkan universiti telah dibuat oleh seorang paderi pada 23 November lalu, lapor portal tempatan Menara.my.

Menurut paderi Chan Mung Koon yang membuat aduan itu, penyebar ajaran menggunakan nama ‘Mother of God’ itu didapati aktif di kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selain UniSZA pada awal bulan November.

Bagaimanapun ajaran mereka terpesong walaupun dari perspektif agama Kristian dan merosakkan akhlak pengikutnya. Ia melibatkan sekumpulan pemuda berbangsa Cina yang berjumlah 7 orang lelaki dan perempuan.


“Mereka telah guna alasan menemuramah siswazah universiti untuk tujuan Projek Kajian Akhir Tahun. Semasa dalam perbualan dengan siswazah tempatan, mereka ambil kesempatan untuk menyebar ajaran agama yang dibawa.

“Perkara ini berlaku di perkarangan universiti dan sekitar kawasan yang mana jadi tumpuan siswazah,” kata Chan Mung Koon lagi. Siswazah yang berjaya dipujuk akan dibawa ke sebuah rumah sewa yang terletak di Kuala Nerus.

Ini konon bagi menjalani upacara agama tersebut manakala, bagi pelajar yang tetap ingkar pula, akan diugut dengan ancaman malapetaka yang didakwa akan menimpa diri mereka sendiri dan keluarga mereka dalam masa terdekat.

Justeru, Mung Koon menggesa pihak polis menjalankan siasatan secepat mungkin sebelum isu ini bertambah buruk apatah lagi terdapat laporan yang mengatakan penyebaran ajaran agama sesat itu telah pun bergiat aktif.

Ini termasuk di kawasan tumpuan ramai masyarakat bukan Islam antaranya Giant Hypermarket, Kampung Cina dan Pasar Pagi Kampung Tiong di sekitar bandar raya ibu negeri Terengganu tersebut.

“Saya minta polis dapat menjalankan siasatan seberapa segera, supaya gejala ini dapat dihentikan sebelum ia menjadi satu masalah sosial yang mengancam keselamatan orang ramai di Terengganu.

“Saksi-saksi dari universiti bersedia untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis dalam menangani masalah ini,” tegas Mung Koon lagi dipetik portal berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori