Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Fesyen Selebriti Di Karpet...

FILEM Munafik arahan Syamsul Yusof telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional pada Festival Filem...

Polis Kesan Dua Saksi...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia, yang diperlukan untuk...

Yusof Tegur Kerajaan –...

"DENGARKAN ini baik-baik. Kalau benar ingin membangunkan negara ini, negara ini sudah pun...

Tolak Tepi Isu Cinta,...

PELAKON jelita, Nur Fazura mengakui bahawa buat masa ini dia tidak berfikir soal...

Curi Mainan, Jurujual Didenda, Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual dihukum penjara dua hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri permainan yang bernilai RM825.60, tiga hari lalu.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas Khairul Anwar Kamarzaman, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri empat kotak permainan jenama Gundam Bandai milik Pasar Raya Aeon di Midvalley, Brickfields, di sini pada 5.30 petang, 9 Dis lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapnya pada 9 Dis lepas dan dipenjara dua bulan lagi, sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, peguam Nor Asyikin Zakaria yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


“Tertuduh jugak tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, oleh itu saya pohon satu bentuk hukuman penjara dan denda yang minimum,” kata Nor Asyikin.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat memandangkan kes seperti itu semakin meningkat pada masa kini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori