TRIPOLI – Lelaki bersenjata menembak mati datuk bandar, di kota ketiga terbesar di Libya, Misrata lewat semalam dengan menyerang hendap kereta beliau, kata pihak berkuasa.
Negara pengeluar minyak Afrika Utara itu bergolak sejak 2011 selepas kebangkitan yang menyaksikan Muammar Gaddafi digulingkan, namun Misrata yang menjadi pelabuhan terbesar Libya kekal aman sehingga kini.
Difahamkan, lelaki bersenjata itu mengejar kereta Datuk Bandar Mohamed Eshtewi selepas beliau meninggalkan lapangan terbang Misrata, sebaik saja tiba dari Turki, kata pegawai keselamatan.
Setakat ini, pihak bertanggungjawab dalam serangan itu masih belum diketahui, katanya. – Reuters/BH ONLINE