Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan PPSR, UPSR Diumum...

KUALA LUMPUR - Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah...

Potong Gaji Jalan Terakhir...

KUANTAN - Langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang 'liat' membayar hutang Perbadanan...

6 Terbunuh Dalam Pergaduhan...

MANILA: Enam banduan terbunuh dan 33 cedera semasa pergaduhan di penjara yang sesak...

Guru Besar Tak Guna,...

LONDON – Menjijikkan. Seorang pengetua yang pernah dijulang kerana berjaya mengubah sekolah yang...

‘Dia Bawa Kereta Laju Sampai Langgar Kawan Saya’

SEORANG penunggang motosikal berdepan nasib malang apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita, sehingga tercampak ke dalam longkang.

Rakan mangsa, Wan Primo, yang memuat naik gambar-gambar kejadian yang berlaku di Kajang Perdana it berkata, dia terkejut dan sedih kerana kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri.

“Allahu, sedih aku tengok kawan aku kena langgar dan tercampak dalam longkang ini.

“Dah kena langgar, hilang kawalan dan langgar pokok lalu tercampak ke dalam longkang,” katanya dalam kejadian petang Khamis itu.

Menurut Wan, dia mendakwa wanita berkenaan memandu kereta itu dengan laju dan disyaki sedang menggunakan telefon bimbit, sebelum melanggar mangsa.

Meskipun begitu, wanita itu tidak melarikan diri. Sebaliknya masih berada di tempat kejadian.


Berdasarkan gambar, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala. Motosikal mangsa juga mengalami kerosakan.

Ekoran kejadian itu juga, bampar depan kereta wanita itu turut tertanggal dan tercampak ke dalam longkang.

Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak putus-putus menyalahkan pemandu wanita berkenaan.

Namun ada segelintir netizen meminta mereka semua bersabar dan tidak memuat naik komen yang berunsurkan perkauman dan beri ruang untuk pihak polis menyiasat kejadian itu. -MYNEWSHUB.CC

Kategori