Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Kes Anggota...

IPOH - Polis Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang didakwa...

Awie Gelar Diri Sendiri...

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan pemergian ibu kepada rocker terkenal tanah air, Awie.Di saat...

Peranti Memfokuskan Selfie Daripada...

Budaya menangkap gambar selfie menggunakan telefon pintar semakin menjadi-jadi sehinggakan Microsoft (Lumia 730),  Sony (Xperia...

Barang Kemas Bernilai RM150,000...

CHANGLUN - Barang kemas di dalam tujuh dulang yang dilapor bernilai kira-kira RM150,000...

“Dianggap Gila, Tapi Ini Saja Yang Saya Ada”

“ORANG tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup. Terima kasih Mama, Ayah!

Kicauan menerusi Twitter serta gambar pusara arwah ibu dan ayah daripada seorang gadis berjubah konvokesyen ini bukan hanya tular, malah turut menimbulkan rasa sayu dan sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Sehingga hari ini, gambar terbabit menerima sebanyak 27,000 tanda ‘likes’ dan 34,000 perkongsian.

Masyarakat mana sahaja yang tidak sebak apabila membabitkan kehilangan orang tersayang bukan… jadi siapakah gadis ini?

Adilla Kamaruzzaman, 21, merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) diploma dalam jurusan seni reka di Lendu, Melaka.

Tinggal di rumah anak yatim dan berjuang untuk meneruskan pengajian, apa yang dilalui oleh Adilla untuk kelangsungan hidup seharusanya dijadikan pengajaran buat anak muda masa kini.

Menurut wanita tabah ini, arwah ibunya meninggal dunia ketika usianya baru mencecah empat tahun.

“Ketika itu, saya, mama dan ayah menunggang motosikal untuk pulang ke rumah sebelum ada kereta lain melanggar kami dari belakang.

“Mama tercampak di tengah jalan sebelum ada lori gilis mama. Saya lihat sendiri kejadian itu dan sehingga kini saya tidak dapat lupakan peristiwa pahit itu,” katanya

Ketika dia berumur 10 tahun pula, ayahnya pula jatuh di bilik air, sakit dan menghembuskan nafas terakhirnya meninggalkan dirinya sebagai anak tunggal terkontang-kanting.

“Ayah jatuh dalam bilik air dan lumpuh. Tak lama selepas kejadian itu, ayah meninggal dunia,” katanya.

Tambah menyedihkan Adila dikatakan tidak pernah lupa untuk meraikan hari istimewa seperti hari lahir, hari ibu, hari bapa dan kenangan bergraduasi ‘bersama’ kedua-dua orang tuanya.

Adilla berkata, kehidupannya berubah selepas bapa saudara menghantarnya ke rumah anak yatim di Ampangan, Negeri Sembilan.

“Pakcik saya hantar ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pakcik saya janji untuk ambil saya bila saya cecah 12 tahun.


“Saya tunggu tapi saya jadi penunggu, saya tunggu dan mula biasa tak pulang ke kampung,” katanya.

Menurutnya, meneruskan hidup sebagai yatim piatu bukan mudah kerana semuanya perlu dihadapi sendirian.

Segala perbelanjaan untuk pengajiannya di universiti menggunakan duit simpanannya sendiri ketika tujuh tahun tinggal di rumah anak yatim.

Namun simpanannya itu dikatakan hanya bertahan sehingga dia berada di semester tiga.

Untuk semester seterusnya, dia hanya bergantung kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjumlah RM1,000 untuk setiap semester.

Bagaimanapun di bulan ketiga, dia terpaksa mengikat perut sehingga hanya makan nasi seminggu sekali sahaja, membuatkan dia memilih untuk bekerja sambilan ketiaka waktu cuti semester.

“Pelbagai kerja pernah saya lakukan, antaranya melukis mural serta mengecat rumah orang.

“Tidak kisah orang cakap apa, yang penting halal dan saya tidak menyusahkan orang lain,” katanya.

Menurut Adilla, dia hanya menggunakan wang simpanan yang diberi orang ramai ketika di rumah anak yatim bagi menampung perbelanjaan pengajiannya.

“Saya terpaksa ikat perut. Pernah ketika bulan puasa di asrama universiti saya hanya mampu beli air soya.

“Air soya itulah buat isi perut saya ketika sahur dan berbuka,” tambahnya yang kini sedang bekerja untuk mengumpul wang bagi sambung dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Halus pada tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori