Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nikmati Lemang Periuk Kera...

KUALA LUMPUR - Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai lemang periuk kera atau...

Istana Selangor Minta Anwar...

Istana Selangor hari ini menafikan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa...

Diari Delhi: Masih Sokong...

NEW DELHI - Apabila kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dicolek, diberi dadah, dibiar...

Kes Rasuah Jual Tanah...

MELAKA - Seorang ahli perniagaan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu...

Didakwa ‘Gila’, Iqram Terangkan Cerita Sebenar

SEJAK kebelakangan ini nama pelakon Iqram Dinzly sentiasa menjadi topik perbualan netizen ekoran sering berkelakuan pelik di laman sosial.

Perwatakan dan kelakuan pelik yang ditunjukkan itu secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif daripada netizen yang mana rata-rata beranggapan pelakon ini sudah tidak waras lagi.

Susulan itu, wartawan sebuah portal tempatan telah bertemu sendiri dengan pelakon ini bagi mencari jawapan berhubung tindakan ‘gila’ tersebut.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, keadaan ini bermula sewaktu dia mendapat inspirasi seni ketika menjaga bapanya yang terlantar sakit di hospital.

“Ketika saat itu saya terlalu bosan. Bukan jaga papa itu bosan, tidak. Keadaan itu di mana ada satu masa itu saya tidak boleh diam duduk setempat.

“Jadi bila saya turun ke bawah untuk mengambil angin, saya nampak kawasan depan hospital tu sangat indah dan cantik.  Jadi saya kata, interesting. boleh buat studio ini.

“Lama kelamaan bila saya beraksi seni dengan papa saya ketika jaga dia. Sebab papa tak boleh bercakap. Ketika itu saya bermain dengan banyak dengan karakter,” katanya memetik mStar Online.

Bagaimanapun pelakon ini berkata, dia sama sekali tidak merasakan apa yang dilakukan itu sebagai satu kesalahan mahupun keburukan.

“Saya rasa ia tidak memberi keburukan, tetapi ia lebih kepada positif di mana selama ini saya menjadi diri sendiri.

“Selama ini saya sudah limitkan diri saya di mana bila berhadapan dengan kamera, semua akan jadi lain,” katanya.

Tambah Iqram lagi, dia mengaku kecewa dan hairan terhadap sikap segelintir pihak ‘acah’ ustaz dan ustazah yang gemar menjatuhkan hukum tanpa usul periksa tetapi hanya berlandaskan apa yang dilihat semata-mata

“Mereka anggap diri mereka Tuhan, cuba tengok balik isu apa dorang kecam. Ini semua hipokrit.


“Adakah mereka bersama saya 24 jam dengan saya? Saya faham mereka prihatin namun cara mereka bukan prihatin.

“Namun saya kena ingat balik. Siapa yang nak bantu saya, lebih baik datang ke rumah saya di Ipoh,” katanya.

Baca: Tawar Diri Seks Oral, Iqram Dinzly Semakin Pelik?

Juga: Pakar Perubatan Gesa Iqram Dapat Rawatan, Sokongan

Lagi: Iqram Dinzly Sambut Baik Surat Terbuka Mufti Wilayah

Iqram berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai sikap segelintir orang ramai yang dilihat berlagak hendak menjadi “malaikat penghukum”.

Sementara itu mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan rapatnya, Yusuf Azmi baru-baru ini, Iqram beranggapan teguran yang dibuat itu adalah tidak sopan.

“Okay, itu yang saya nak sentuh dekat sini. Dalam banyak-banyak sahabat sepanjang dalam 36 tahun itu.

“Kalau betul-betul dia seorang sahabat dan nak cakap lebih, ada dia datang masa papa saya meninggal? Masa papa saya sakit? Saya dengar event dekat perak ada. Takkan Ipoh tak boleh?

“Kalau dia nak bantai dalam media sosial, come on cara kau bantai tu elok sangat ke?” soal Iqram.

Serta: “Saya Tidak Tahu Punca Iqram Begitu” – Yusuf Azmi

Dan: Zulin Aziz Mohon Netizen Henti Caci Iqram

Dalam perkembangan lain, Iqram dikatakan sedang berehat daripada industri seni dan terus menjalani kehidupannya seperti insan biasa. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori