Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cerita Sultan Johor Tak...

PERDANA menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah lagi oleh pengguna laman sosial...

Doakan Mahathir Supaya Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlupa kepentingan parti...

Justo: Siasatan Menjurus Cubaan...

SHAH ALAM - Pasukan penyiasat dalam kes bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre...

Lelaki Cederakan Ibu Guna...

IPOH - Lelaki dipercayai memukul ibu dan adik kandungnya sehingga cedera menggunakan pisau...

Didakwa Lakukan Perbuatan Seksual Terhadap Anak Tiri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap anak perempuan tirinya yang berumur 12 tahun, minggu lepas.

Tertuduh berusia 28 tahun yang bekerja sebagai jurubahasa di sebuah agensi kanak-kanak itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Ampang di sini pada 4 petang, 12 Dis lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothy tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin untuk membolehkannya berjumpa dengan keluarga dan menerangkan keadaan sebenar.


“Saya sayangkan isteri saya, saya sayangkan anak tiri saya… ia hanya satu salah faham,” katanya yang menetap di Malaysia kerana berkahwin dengan warga tempatan manakala keluarganya yang lain berada di Iran.

Hakim Mohamad Kamil bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Jan ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan jurubahasa Iran. – BERNAMA

Kategori