Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gadis Puerto Rico Dinobat...

GADIS berasal dari Puerto Rico, Stephanie Del Valle, 19, diumumkan sebagai Miss World...

LTTE: Simpati Pada Anggota,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa simpati kepada pegawai dan...

Rosmah Lawat Sekolah Kanak-Kanak...

BERLIN (Jerman) - Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri...

Peniaga Di Perhentian, R&R...

KUALA LUMPUR - Peniaga di semua perhentian serta Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)...

Dirasuk Jin, Lelaki Sembelih Isteri Sebelum Bunuh Diri

SEORANG lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal.

Lelaki yang dikenali sebagai Mujiono itu seperti hilang kewarasan apabila dipercayai telah dirasuk dan diganggu jin.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, lelaki berusia 40 tahun itu bertindak menyembelih isterinya, Kholifah sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.

Mujiono dilaporkan telah memotong perutnya sendiri sehingga ususnya terburai selepas mencederakan isteri serta anaknya.

Anak pasangan ini yang dikenali sebagai Khoriyah turut menjadi mangsa ‘jin’ berkenaan apabila dilaporkan parah selepas ditetak dengan parang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.


Difahamkan, Kholifah ingin menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa tetakan Mujiono.

Tetapi malangnya, wanita 35 tahun itu dipukul dan lehernya turut disembelih sehingga hampir putus.

Pada masa yang sama, Khoriyah terpaksa berpura-pura mati sebelum melarikan diri untuk meminta pertolongan.

Kanak-kanak berusia 12 tahun berkenaan kini sedang dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan akibat ditetak di bahagian kepala, badan dan kaki. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori