Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Laptop, Tablet Percuma...

Sandakan : Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian...

APMM Tahan 2 Bot...

ALOR SETAR - Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan kelas A jenis...

Nama Datuk K Antara...

KUALA LUMPUR - Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Ishar Ahmad, 50, menyatakan...

Pembangunan Semula Lapangan Terbang...

PUTRAJAYA - Cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau...

Diskaun 3.2 Juta Pesalah Trafik DBKL Sejak 3 Tahun

KUALA LUMPUR – Kira-kira 3.2 juta pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi diskaun bagi kompaun yang tertunggak sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, berkata tawaran itu bermula 15 Disember ini hingga 28 Februari tahun depan, dengan membabitkan jumlah tertunggak sebanyak RM10 juta.

“Melalui diskaun ini, pesalah lalu lintas hanya perlu menjelaskan kompaun mereka dengan bayaran RM20 untuk motosikal, RM30 (kereta) dan RM50 untuk bas serta lain-lain kenderaan bagi setiap notis yang dikeluarkan.

“Bagaimanapun, tawaran kadar khas ini tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kes yang sudah pun dibawa ke peringkat mahkamah DBKL serta kes disenarai hitam,” kata Loga Bala.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penghargaan Bersama Agensi Sahabat Sempena Hari Penguatkuasa Ke-48 2017 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Menara DBKL 1, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas tarikh akhir 28 Februari depan, pesalah trafik tidak boleh lagi menikmati kadar diskaun itu.

“Jadi, saya menasihatkan mereka supaya segera menggunakan peluang yang ada selama lebih dua bulan ini untuk mendapatkan diskaun, di mana-mana saja kaunter bayaran DBKL di kawasan masing-masing.


“Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah kompaun ini dapat diselesaikan oleh ramai pesalah terbabit dalam tempoh pemberian diskaun khas ini,” kata Loga Bala.

Sementara itu, sepanjang Januari hingga Oktober lalu, DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan memperoleh pendapatan sebanyak RM6.4 juta, hasil daripada pelbagai operasi penguatkuasaan berkala.

Antaranya, Operasi Anti Kotor, Operasi Jejantas, Kapit Kenderaan, Tunda Kenderaan (kesalahan lalu lintas) dan Tunda Kenderaan Buruk/Tersadai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori