Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tergoda Skim Pelaburan Di...

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tergoda dengan skim pelaburan yang ditawarkan di media sosial,...

Gaji Tertunggak Pemain Diselesaikan...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) akan menyelesaikan gaji tertunggak pemain-pemainnya dalam...

J/Kuasa PAC Mulakan Prosiding...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia akan memulakan prosiding...

Calon Wanita PRN-11, Pengiktirafan...

KUCHING - Pemilihan lebih banyak calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11...

Ditahan Polis Kerana Stoking Bau Busuk

NEW DELHI – Sepasang stoking busuk menyebabkan seorang lelaki ditahan Polis India kerana mencetuskan rasa kurang senang penumpang lain dalam sebuah bas.

Menurut polis, tindakan lelaki itu menanggalkan kasut dan stoking dan meletakkannya di laluan dalam bas ketika dalam perjalanan dari Himachal Pradesh ke New Delhi menyebabkan rasa marah penumpang lain.

Mereka yang kurang senang mengarahkan lelaki itu mengalihkan atau membuang stoking terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu berdegil hingga mencetuskan salah faham sehingga memaksa pemandu bas berhenti di sebuah balai polis di daerah Una, Himachal Pradesh.

Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi berkata, bas itu terpaksa berhenti beberapa kali kerana masalah bau yang kurang menyenangkan sebelum sampai ke balai polis tersebut.


“Lelaki itu ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam namun kemudian dibebaskan dengan ikat jamin,” kata Gandhi. – AFP/BH ONLINE

Kategori