Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan...

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar...

Video Tular Aksi Bos...

AIB... Penularan video ‘majlis tari’ yang libat personaliti seperti menteri, Ketua Hakim Negara...

Jerebu: Liow Arah DCA,...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Jabatan Penerbangan...

Anggota Tentera Perlu Lebih...

ALOR SETAR - Bentuk ancaman global yang pantas berubah memerlukan setiap anggota tentera...

DPMM Bekerjasama JPK Bantu Anggota Miliki Sijil Kemahiran

BACHOK – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia untuk memudahkan anggotanya mendapatkan sijil kemahiran secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT).

Yang Dipertuanya, Mohd Ali Amin Ab Latif berkata peserta yang mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing tidak perlu mengikuti kelas yang diwajibkan tetapi hanya memerlukan portfolio peribadi yang terdiri daripada bukti-bukti berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak JPK.

“Ini termasuk mengemukakan gambar-gambar atau video mengenai aktiviti kemahiran masing-masing sebagai bahan bukti untuk menyokong permohonan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pertandingan Jurusolek oleh Niesya Magic Bland di Chabang Tiga Melawi di sini, hari ini.

Seramai 29 peserta dari Kelantan dan Terengganu menyertai pertandingan berkenaan yang dirasmikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin. Hadir sama Pengurus Niesya Banquet Mazni Bridal, Mazni Asa’ri.


Sementara itu, Mazni berkata pihaknya akan membuka akademi solekan dengan kursus selama lapan bulan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyertainya.

“Ini memandangkan bidang solekan menjanjikan pendapatan lumayan sehingga RM600 bagi setiap sesi dan ia tidak mengambil masa yang lama,” katanya. – BERNAMA

Kategori