Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Drama Azmin Bela Anwar,...

ADA yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar seolah-olah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri...

Najib Tiba Di Kuala...

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pukul 9.15...

Cadangan Mansuh Akta Berita...

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada...

Maklumat WhatsApp Syabas Catu...

KUALA LUMPUR – Tiada catuan bekalan air dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn....

Dua Maut Motosikal Bertembung Di Kuala Nerang

KUALA NERANG – Dua penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di Kilometer 16.2 Jalan Kuala Nerang-Pedu, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, kejadian pada 7.20 malam itu membabitkan mangsa seorang pelajar tingkatan tiga, Mohamad Aiman Mohd Yusof, 15, dari Kampung Lebai Saman dan Nor Hisham Mustafa, 25, dari Kampung Tong Plu di daerah ini.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menunggang motosikal masing-masing dari arah sama iaitu dari Kota Putra menghala ke Pedu.

“Apabila sampai di tempat kejadian berdekatan lampu isyarat Pedu, Nor Hisham disyaki membuat pusingan “U” secara mengejut menyebabkan motosikal yang tunggangi pelajar itu merempuh motosikal di hadapannya menyebabkan kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.


Noh berkata siasatan mendapati kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. di Alor Setar untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian. – BERNAMA

Kategori