Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

#ASEAN: Inilah Sebenarnya ASEAN...

KUALA LUMPUR - Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses...

10 Peratus Pekerja Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju membenarkan maksimum 10...

Harga Runcit Petrol RON97...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 12 sen kepada RM2.80...

Datuk Ramli MS Serah...

KONDUKTOR muzik terkenal Datuk Ramli MS akhirnya hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor...

E-Kehakiman Malaysia Tarik Perhatian Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Konsep Mahkamah Elektronik (e-Kehakiman) yang diamalkan di Malaysia mendapat perhatian kerajaan Sri Lanka.

Ia dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dijemput untuk berkongsi kepakaran Malaysia dalam bidang itu oleh Menteri Keadilan dan Tenaga Kerja Luar Sri Lanka, Thalatha Aturkorale.

“​Memandangkan Malaysia telah mengguna pakai sistem e-Kehakiman ini sejak 2009 lagi, kerajaan Sri Lanka juga berhasrat memperkenalkan konsep serupa ke dalam sistem kehakiman di negara itu.

“Hasrat ini juga secara langsung menunjukkan Malaysia diiktiraf oleh negara luar dalam soal kecekapan sistem kehakiman yang diguna pakai,” kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat Azalina hari ini.

Azalina ialah antara menteri yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka dari 17 hingga 19 Disember.

Menurut kenyataan itu, kerjasama antara kerajaan dan kerajaan (G2G) itu juga bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara malah menjadikan sistem kehakiman lebih efektif dan efisien.


Dalam pada itu, Azalina turut mengambil bahagian dalam perbincangan bersama Aturkorale dan Menteri Komunikasi dan Pembangunan Digital Sri Lanka, Harin Fernando.

“Perjumpaan ini telah membuka beberapa peluang untuk meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori