Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kenali 5 Selebriti Barat...

BERITA mengenai nahas udara melibatkan beberapa pesawat komersial di seluruh dunia sejak akhir-akhir...

Persatuan Kebangsaan Bantah Syarat...

KUALA LUMPUR - Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan...

Gara-Gara Tak Puas Hati,...

KUALA LANGAT - Seorang pelajar dipukul dan dibuli berhampiran kawasan ladang kelapa sawit...

Kerajaan Kaji Semula Pemberian...

KAJANG - Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula pemberian tiga bidang tanah milik...

Elak Ke Tempat Awam Jika Dijangkiti Campak

IPOH – Kementerian Kesihatan hari ini menasihatkan mereka yang dijangkiti campak agar mengelakkan diri berkunjung ke tempat awam bagi mencegah rebakan wabak tersebut.

“Sekiranya mengalami gejala, elakkan ke tempat-tempat awam sehingga sembuh bagi mengelakkan perebakan jangkitan dan sentiasa pastikan kebersihan diri dan persekitaran,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai dua beradik lelaki dari Kampung Manjoi di sini yang dijangkiti wabak measles atau campak pada awal bulan ini yang baru sahaja sembuh.

Noor Hisham berkata siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun itu tidak mendapat suntikan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR).

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan (Kampung Manjoi) dan mendapati tiada kes lain dikesan dengan gejala measles,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Noor Hisham menyarankan agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi MMR mengikut jadual serta dapatkan janjitemu baharu sekiranya telah tercicir.

Katanya, jika mengalami gejala demam dan ruam, perlu mendapatkan rawatan awal di mana-mana fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi dan mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan jangkitan.

Measles atau campak adalah penyakit cegahan vaksin yang mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung titisan cecair pesakit. – BERNAMA

Kategori