Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ironman Kembali Meriahkan Langkawi

LANGKAWI - Selepas kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi,...

Alat Sulit Di Ruang...

SEORANG juruterbang jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat telah digantung tugas selepas melakarkan...

Rombakan Kabinet Selepas Hari...

KUALA LUMPUR - Satu rombakan Kabinet difahamkan akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun...

Jual Air Mani….Seorang Lelaki...

GILA...derma air mani kini menjadi satu perkara yang mendatangkan wang. Atas sebab itu...

Empat Cedera Kemalangan Di Masjid Tanah

ALOR GAJAH — Empat orang cedera termasuk seorang lelaki warganegara Indonesia dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang-Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata kejadian kira-kira 9 pagi itu melibatkan dua kereta Proton Wira, sebuah kereta Proton Saga BLM dan sebuah motosikal Suzuki.

“Akibat kemalangan itu, lelaki Indonesia berkenaan Ubaidur Rahman, yang memandu kereta Proton Wira, cedera di muka manakala tiga wanita tempatan iaitu Omnira Sehat, 33, cedera di kaki selain Hayati Ebi, 39, dan Hamidah Ahmad, 25 masing-masing cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu Ubaidur, yang dalam perjalanan ke Masjid Tanah, terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lagi kenderaan jenis sama.


“Setelah berlakunya rempuhan tersebut, Proton Saga BLM dan motosikal Suzuki yang dalam perjalanan ke Sungai Udang gagal mengelak dan turut merempuh Proton Wira berkenaan.

“Kedua-dua laluan terhalang dan menyebabkan kesesakan yang teruk,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

Kategori