Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Akar Umbi Setia...

KUALA LUMPUR - Selama 27 tahun bersama UMNO, iaitu sejak berumur 33 tahun,...

Selepas Gelar Lanun, Mahathir...

SEMAKIN BIADAB... Nampaknya tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara jelas tidak serik...

Banjir: Empat Kes Penyakit...

PUTRAJAYA – Sebanyak empat kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari...

Anggota Parlimen Kampar Bebas...

IPOH - Anggota Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dilepas dan dibebaskan oleh...

Enam Mayat Ditemui Tergantung Atas Jambatan

PENDUDUK di Mexico dikejutkan dengan penemuan enam mayat lelaki yang tergantung dari atas jambatan di tiga kawasan berasingan, berhampiran resort pelancongan,Los Cabos di Baja California.

Meskipun pihak berkuasa tidak mendedahkan maklumat mengenai kejadian itu, namun kebiasaannya ia dilakukan oleh kartel dadah bagi memalukan kumpulan pesaing mereka.

Dua mayat ditemui tergantung di jambatan Las Veredas, dua lagi di Cabo San Lucas dan selebihnya di San Jose del Cabo.

Dalam pada itu, Mexico News Daily melaporkan pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Guzmanes dan Tegoripeños.

Amaran turut ditemui pada mayat terbabit yang berbunyi:


“Kamu tak percayakan? Ini yang akan berlaku kepada mereka yang tidak sekutu dengan kami. Kami ingin nyatakan bahawa kami yang berkuasa dan kawasan ini adalah milik kami,”.

Keganasan sering tercetus di Baja California, terutama di kawasan pelancongan di Los Cabos yang dikunjungi berjuta pelancong asing setiap tahun.

Minggu lepas, ketua polis di situ telah ditembak mati. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori