Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Telah Bentang...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori...

AimanDotDot Viral Buat ‘Food...

BIASANYA kita mesti akan tergoda apabila tengok rakaman video orang buat 'food review' atau ulasan...

Wanita Dipenjara Hasut Teman...

NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani hukuman penjara 15...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

FELDA Mahu Ambil Semula Tanah, Kenakan Tindakan

KUALA LUMPUR – Ekoran isu tanah FELDA yang sedang hangat diperkatakan, Lembaga Pengarah FELDA berkata beliau tidak lagi berminat bagi meneruskan pembinaan di Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Baca: Pengerusi FELDA Akui Tiga Tanah ‘Hilang’

Ianya termasuk juga dengan pembinaan menara ikoniknya yang terletak di Jalan Semarak serta beberapa lagi menara lain yang telah dirancang oleh pihak pemaju di lokasi berkenaan.

Kredit gambar: BH Online

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberitahu bahawa keputusan itu telah dimuktamadkan pada 15 Jun lalu serta pihaknya juga turut telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju yang berkenaan bagi mendapatkan kembali tanah tersebut.

“Pandangan peribadi saya, tiada keperluan melaksanakan pembangunan secara besar-besaran seperti itu lebih-lebih lagi dalam keadaan lambakan pembangunan hartanah komersial sekarang.

“FELDA nak balik tanah itu, yang lain sama ada siapa jadi kontraktornya, berapa tinggi menara itu, apa nilainya, cerita pembangunan mereka, apa perancangan nak buat di situ… semua itu saya tak minat,” katanya dipetik daripada BH Online.

Shahrir turut menambah bahawa dia turut tidak pernah mendengar nama syarikat kontraktor berkenaan serta tidak berminat dengan pembinaan menara 59 tingkat dengan nilai kontrak sebanyak RM107 juta itu disebabkan terlampau banyak pembangunan hartanah yang sedang pesat membangun.

“Kita lihat sudah ada Bukit Bintang City Centre (BBCC), Tun Razak Exchange (TRX), akan ada Menara KL118 milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Bandar Malaysia. Jadi soal pembangunannya dah tak perlu, yang utama ia hak milik FELDA, maka pulangkan balik,” katanya memetik pertemuan eksklusif dengan BH.

Selain itu, Shahrir turut menegaskan bahawa FELDA juga tidak lagi berminat dengan pembangunan tanah berkenaan kerana beranggapan bahawa cadangan pembangunan itu berdasarkan rundingan antara syarikat pemaju dengan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Kredit gambar: BH Online

Perkara itu susulan dengan timbulnya pelbagai isu dan persoalan berkenaan rundingan yang dilakukan, termasuklah perjanjian pembangunan induk yang telah ditandatangani oleh FIC sendiri.


Namun perkara itu hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga bulan kemudian.

“Dalam laporan Lembaga Pengarah 16 Januari 2014, FIC memaklumkan syarikat pemaju itu berikan tawaran terbaik, tapi kami tidak jumpa rekod mana-mana pihak lain dijemput untuk membida, tender terbuka dibuat atau tawaran pihak lain.

“Mereka (FIC) hanya kata tawaran terbaik datangnya daripada syarikat pemaju itu.

“Lebih mengelirukan, mula-mula kita dapat tahu hanya ada tiga SPA tanah FELDA di situ, kemudian secara tiba-tiba kita tahu ada empat yang sudah dipindah milik kepada syarikat pemaju,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, selepas disusun semula, didapati tanah yang keempat (SPA3) masih lagi belum ditukar hak milik. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori