Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Fenomena Selfie Yang...

KEGILAAN terhadap selfie memang sudah jadi fenomena pada zaman sekarang.Mana-mana pergi memang akan jumpa...

Mesyuarat SPR Tentukan Tarikh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil...

Polis Siasat Selebriti Media...

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial...

Ada Artis Lelaki Yang...

PENTAS Gegarvaganza sudah terbukti boleh menaikkan kembali nama penyanyi yang sudah lama tidak...

Gaji Pekerja OKU, Majikan Bakal Dapat Manfaat

LAHAD DATU – Majikan di daerah ini disaran turut menggaji pekerja orang kurang upaya (OKU) ekoran sektor awam dan swasta di negara ini masih belum mencapai sasaran Dasar Satu Peratus penglibatan golongan itu dalam sektor pekerjaan, kata Ketua UMNO Cawangan Kampung Sri Hak 1 di sini, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud.

Dr Zarina, seorang doktor perubatan di klinik swasta, berkata kebanyakan majikan di daerah ini tidak menyedari manfaat yang bakal diperoleh jika mengambil pekerja OKU yang memiliki kad OKU.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan faedah termasuk pengurangan cukai pendapatan kepada majikan yang melatih serta mengambil pekerja OKU yang mempunyai kad OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harapan Kasih di sini bersama Naib Pengerusi Parti Gerakan Silam , Nicholas Voo Vune Kett dan Ketua Wanita Parti Gerakan Silam Marlina Macpee, hari ini.

Pada kunjungan itu seramai 30 kanak-kanak dan orang dewasa di PDK menerima sumbangan berbentuk barang keperluan makanan dapur daripada Dr Zarina serta Parti Gerakan Bahagian Silam.


Dalam pada itu, Dr Zarina menasihatkan masyarakat agar sentiasa menyokong golongan OKU kerana mereka diyakini mampu mencapai kejayaan seperti seorang wanita Down Syndrome yang berjaya menjadi doktor iaitu Dr Karen Gaffney. – BERNAMA

Kategori