KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Richter melanda Kepulauan West Caroline Islands, Micronesia, di barat laut Lautan Pasifik pada pukul 5.51 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan di sini, hari ini gempa itu berlaku 2,466 km dari timur laut Kinabatangan, Sabah, iaitu lokasi terdekat di Malaysia dari kawasan gempa.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami akibat gempa itu. – BERNAMA