Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Komplikasi Khatan: Lesen Perubatan...

SEGAMAT - Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian...

Tetamu Beranak Di Resepsi,...

BANGKOK - Sepasang pengantin di daerah Sikhiu, Nakhon Ratchasima, di sini, telah menerima 'hadiah'...

Penganggur Sorok Heroin Celah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam...

Ekonomi Johor Dijangka Terus...

ISKANDAR PUTERI - Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh...

Gencatan Senjata Sepihak Sempena Krismas – Duterte

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan gencatan senjata sepihak dengan pemberontak berhaluan kiri mulai 24 Disember hingga 2 Januari tahun depan, sempena musim cuti, kata jurucakap presiden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

“Gencatan senjata sepihak itu akan mengurangkan kebimbangan rakyat pada cuti sempena Krismas. Kami mengharapkan CPP-NPA-NDF akan mengambil pendekatan muhibah yang sama,” kata Jurucakap Presiden Harry Roque dalam satu kenyataan, merujuk kepada Parti Komunis Filipina (CPP), sayap tentera Tentera Rakyat Baru (NPA), dan Barisan Demokratik Kebangsaan Filipina (NDF).

“Sempena perayaan itu, kami berharap semua rakyat akan bersama-sama sebagai satu negara dan bercita-cita untuk mencapai keamanan di Filipina,” kata Roque.

Pentadbiran Duterte pada November memutuskan untuk membatalkan rundingan damai dengan pemberontak berhaluan kiri di negara itu.

Pemberontak berhaluan kiri mula wujud sejak 1969 dan pada masa ini, tentera menganggarkan jumlah pemberontak bersenjata kira-kira 4,000 orang. – BERNAMA

Kategori