Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Elak Jawab Isu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengelak untuk menjawab soalan...

1MDB: Penjelasan Dan Akauntabiliti...

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengemukakan penjelasan berkenaan tuduhan yang...

Keputusan Kes Pembubaran DUN...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan pada 21 Ogos...

Neelofa Bakal Tinggalkan MeleTOP?

SEAKAN-AKAN memberi bayangan masanya sudah tiba untuk meninggalkan rancangan MeleTOP, rata-rata peminat Neelofa...

Gereja Koptik Mesir Enggan Jumpa Naib Presiden AS

KAHERAH – Ketua Gereja Koptik Mesir, Pope Tawadros II membatalkan satu pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Dengan pengumuman dikeluarkan kelmarin itu, Pope Tawadros II menyertai seorang lagi pemimpin Islam ternama tempatan, Imam Besar Al Azhar, Prof. Dr. Ahmed Mohamed Al-Tayyeb yang membatalkan pertemuan serupa.

Ini sebagai membantah keras keputusan Presiden AS, Donald Trump di Washington DC pada Rabu minggu lalu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu Israel menggantikan Tel Aviv sejak lebih 70 tahun.

Menurut kenyataan gereja tersebut, keputusan Trump “tidak mengendahkan perasaan jutaan penduduk Arab.” Pihak gereja itu turut menambah bahawa ia tidak akan menyambut Pence apabila beliau tiba di Mesir kelak.

“Gereja Ortodoks Koptik Mesir tidak akan jemput Pence,” menurut jurucakap gereja itu sambil menambah bahawa ia mendoakan untuk “kebijaksaaan dan menangani apa jua isu yang jejas keamanan penduduk di Timur Tengah”.


Penganut Kristian Koptik Mesir hanya merangkumi sekitar 10 peratus daripada penduduk Mesir yang seramai 93 juta orang. Ia juga merupakan minoriti terbesar di rantau berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori