Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Sepak Pelajar Kolej...

SUSULAN kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime,...

Polis Tahan 4 Beradik...

ALOR SETAR - Polis menahan empat beradik yang dipercayai terlibat dalam kes samun...

Azwan, Ezzaty Sambung Bulan...

PASANGAN pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga...

Bakal Ambil Tindakan, Lofa...

PELBAGAI cara dilakukan beberapa syarikat perniagaan dengan mengadakan 'bad marketing' supaya produk dikenali...

Gesa Sekatan Ekonomi Ke Atas Sudan Ditarik Balik

KHARTOUM – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggesa agar sekatan ekonomi ke atas Sudan ditarik balik sepenuhnya, lapor agensi berita China Xinhua.

“Sekatan itu telah merompak masa depan negara ini,” kata Erdogan semasa berucap di majlis penganugerahan Doktor Kehormat Undang-Undang kepada beliau oleh Universiti Khartoum pada Isnin.

Pemimpin Turki itu mengulangi sokongan negaranya terhadap Sudan dan berkata “Turki akan terus berdiri bersama-sama rakyat Sudan.”

“Kami telah berdiri bersama-sama rakyat Sudan sebelum ini, dan kami akan terus menyokong mereka pada masa akan datang. Kasih sayang saudara kami dari Sudan menjadikan kami berasa seperti kami berada di Istanbul, negara kami, dan bukan di Khartoum,” kata Erdogan.

Pada 6 Okt lepas, Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan untuk menarik balik sekatan ekonomi ke atas Sudan namun masih mengekalkan Sudan dalam senarai AS sebagai negara yang menaja kegiatan keganasan.


Erdogan tiba di Khartoum pada Ahad, yang merupakan persinggahan pertama dalam lawatannya ke Afrika yang turut membawa beliau ke Chad dan Tunisia.

Lawatan itu adalah yang pertama bagi seorang presiden Turki ke Sudan sejak negara Afrika Utara itu mencapai kemerdekaan pada 1956. – BERNAMA

Kategori