Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Imigresen Tahan 35 Warga...

GEORGE TOWN - Seramai 35 warga asing termasuk 14 wanita ditahan Jabatan Imigresen...

Statut Rome: Malaysia Kekal...

PUTRAJAYA – Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di...

Dentuman Di Ipoh Kekal...

KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman yang masih misteri di Ipoh, Isnin lalu turut didengari...

Kes Saman Anwar Ibrahim...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes...

GLC Wajib Laksana Program CSR – Devamany

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany.

Beliau berkata satu surat pekeliling berkaitan perkara itu telah dihantar kepada semua GLC yang menghendaki mereka memainkan peranan dalam program CSR.

“Ia adalah suatu tanggungjawab kepada masyarakat. Langkah demikian boleh membantu pelajar kurang bernasib baik mendapat kemahiran dan latihan dalam pekerjaan yang mendapat permintaan, selain membantu mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya kepada media selepas merasmikan ILTIZAM iaitu program CSR Kembali Ke Sekolah Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) di sini, hari ini.

Kira-kira 56 pelajar kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) menerima barangan keperluan persekolahan sebagai persiapan menghadapi tahun persekolahan 2018. Setiap pelajar menerima beg sekolah yang mengandungi alat tulis, pakaian seragam dan kasut.

Sambil tersenyum lebar, Nur Fitri Shahhida Mohd Khalifah, 11, dan rakannya, Zalana Kyaw Soe, 11, berkata pemberian itu membantu meringankan beban ibu bapa mereka untuk menyediakan barangan keperluan persekolahan.

“Saya ada empat beradik, ayah dan ibu saya bekerja kilang dan pendapatan mereka tidak seberapa, jadi pemberian ini sangat membantu kami,” kata Nur Fitri, yang bercita-cita menjadi doktor.


Program itu, yang mula diadakan tahun lepas, membantu lebih 16,000 pelajar daripada keluarga kurang berada dari 300 sekolah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata ILTIZAM Ekuinas akan terus menyumbang barangan keperkuan persekolahan kepada lebih banyak pelajar di negara ini.

Ekuinas adalah GLC yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian. -BERNAMA

Kategori