Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Buktikan PN Dapat Dana...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengemukakan bukti yang...

Mengapa Tweet Ini Mendapat...

BAHANA kekalahan pasukan bola sepak Malaysia dalam aksi final Sukan SEA ke-29 Kuala...

75,352 Pesara Terima RM500...

PUTRAJAYA - Sebanyak 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas...

SAC Wan Rukman Timbalan...

KUALA TERENGGANU – Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan dilantik sebagai...

Gol Tunggal Lukaku Benam Bournemouth

PERMAINAN bermula agak perlahan tetapi selepas 15 minit, Bournemouth mendominasi sekali gus membuatkan David de Gea dua kali bijak mengawal gawang daripada dibolosi lawan.

Selepas itu, rakan pasukan Manchester United, Anthony Martial dan Juan Mata bergabung beraksi di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Martial sepatutnya memberikan gol pembukaan tetapi terlepas.

Romelu Lukaku kemudiannya melakukan gol yang jarang-jarang dilakukannya pada minit ke-25.

Prestasi permainan Manchester United bertambah baik pada permulaan babak kedua.


Gol tunggal daripada Lukaku kekal sehingga ke akhir perlawanan menyaksikan Manchester United menewaskan Bournemouth dengan 1-0.

Manchester United ketinggalan 11 mata berada tangga kedua, di belakang Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris ketika ini. – mStar Online

Kategori