Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin...

Jangan Beri Kepercayaan Kepada...

ALOR SETAR - Rakyat Kedah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan dengan memberi kepercayaan...

Penghantar Barang Didakwa Menyamar...

TAIPING - Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Remaja Melecur Selepas Makan...

KESERONOKAN memakan biskut yang mengeluarkan asap dari mulut mengundang bahaya kepada seorang remaja...

Guatemala Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

PRESIDEN Guatemala berkata negara tersebut akan memindahkan kedutaan besarnya di Israel ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu adalah berikutan rancangan terkutuk Donald Trump untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Guatemala merupakan salah sebuah daripada sembilan negara yang menyokong penuh keputusan AS tatkala 128 negara yang hadir semasa Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan Trump dan menyokong resolusi menyeru Washington menggugurkan langkah itu pada 9 Disember lalu.

Dalam pada itu, Trump mengugut untuk menyekat bantuan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi tersebut, yang bagaimanapun tidak boleh dikuatkuasakan.

Walaupun majoriti anggota PBB menyokong usul menghentam AS itu, ancaman Trump dilihat mempunyai kesan, melihat kepada lebih ramai negara yang membantah atau mengambil pendirian berkecuali dalam resolusi berkait Palestin.

Presiden negara Amerika Tengah itu, Jimmy Morales, menulis di Facebook rasminya pada malam Hari Krismas senalam (Ahad) bahawa selepas perbincangan bersama-sama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dia telah mengambil keputusan untuk mengarahkan kementerian luarnya untuk memindahkan kedutaan mereka daripada Tel Aviv ke Bailtulmaqdis


Tindakan itu dilakukan meskipun PBB telah mengisytiharkan keputusan AS itu sebagai “batal dan tidak sah” dengan undian majoriti 128-9.

Tiada negara yang mempunyai kedutaan di Baitulmaqdis, walaupun Republik Czech sedang mempertimbangkan langkah tersebut.-MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Kategori