Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Bawa Isu Statut...

SHAH ALAM - Perakuan Statut Rom, yang ditandatangani kerajaan secara diam-diam, yang didakwa...

Indonesia Tarik Balik Amaran...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami hari ini selepas tiada...

Anwar Minta PAS Tarik...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Dapat Gelaran Dato Di...

SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu...

Guna Teknik Cantuman Dewasa Tingkat Hasil Durian

BATU KURAU – Pekebun durian di sini digalak menggunakan teknik cantuman dewasa menggunakan ranting jenis durian Musang King dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran ‘Raja Buah’ itu di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata kaedah itu dapat mempercepatkan pengeluaran buah durian hanya dalam tempoh empat tahun berbanding teknik tut dan baji yang mengambil masa lama.

“Langkah menggunakan cantuman dewasa itu perlu bagi memenuhi pemintaan tinggi terhadap durian Musang King terutama di pasaran China.

Permintaan tinggi terhadap durian di samping harga yang tinggi menjadikan pengeluaran perlu ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Titik Sentuhan’ Pemasaran Durian anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Muhammad Amin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta FAMA dan Jabatan Pertanian perlu membantu pekebun durian memanfaatkan teknik cantuman.

Katanya Batu Kurau terkenal dengan pengeluaran durian dan penanaman bentuk tradisional perlu diubah bagi membolehkan pekebun meningkatkan hasil dan mempelbagaikan produk berasaskan buah itu.


“Durian boleh dijadikan pes dan boleh disimpan sebelum dipasarkan kerana durian bermusim,” katanya.

Pada majlis itu FAMA menyerahkan input pemasaran kepada 80 petani yang berdaftar dengan ladang kontrak dan mengadakan bengkel cantuman kepada 200 pekebun durian.

Selain itu, enam usahawan menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM145,511 daripada FAMA berupa barangan keperluan perniagaan masing-masing. – BERNAMA

Kategori