Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

23 Kes Varian Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan 23 kes varian baharu COVID-19...

Malawi Tuntut Firma AS...

LILONGWE – Malawi menuntut cukai tidak berbayar berjumlah lebih AS$300 bilion(RM1.33 trilion) daripada...

Sumbangan Kepada Keluarga Insiden...

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan kerajaan tidak memberi penghormatan seharusnya...

Bapa Anak 1 Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa anak satu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

HAB Medan Pasar Jadi Semula Sebagai Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar, di sini bakal dikategorikan semula sebagai hentian bas berkuat kuasa esok bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya hari ini berkata melalui perubahan itu, bas tidak dibenarkan lagi menunggu atau diparkir di kawasan itu dan hanya dibenarkan mengambil serta menurunkan penumpang.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 50 bas kendalian syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu.

“Laluan bas kendalian Selangor Omnibus Co Bhd yang terlibat dalam peralihan itu ialah laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 dan 122 manakala bagi laluan perkhidmatan bas Setara Jaya Sdn Bhd adalah laluan 151 dan 152.

“Melalui perpindahan ini juga, akan terdapat tiga HAB di Pusat Bandar Kuala Lumpur iaitu HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama serta HAB Lebuh Pudu bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPAD, maklumat bagi penumpang telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lepas. Kakitangan Selangor Omnibus, Setara Jaya dan SPAD juga ditempatkan di hentian Medan Pasar untuk memantau proses peralihan itutu bermula esok.


Para pengguna boleh menghubungi hotline SPAD di 1-800-88-7723 atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau laman sesawang SPAD, www.spad.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pengguna juga boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03 6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03 4021 7692. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

Kategori