Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerjasama Korporat Dipelawa...

BATANG KALI - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan...

Jangan Terpengaruh Dengan Fatwa...

TUMPAT - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar...

Taiwan Buka Semula Pintu...

TAIPEI: Taiwan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing selepas menamatkan perintah kuarantin...

Pasir Gudang Masih Tenat?

1. PEJAM celik, tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah berlalu...

Hakim Gantung Larangan Niqab Di Kanada

TORONTO – Hakim Kanada, semalam menggantung sebahagian daripada undang-undang Quebec yang melarang penduduk memakai niqab, ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perkembangan itu dilihat sebagai kemenangan kepada beberapa kumpulan hak kebebasan awam yang bertegas, bahawa undang-undang itu bertentangan dengan perlembagaan dan bersifat menindas wanita Muslim.

Hakim Babak Barin menggantung sebahagian daripada akta yang melarang daripada menutup muka sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan bagaimana ia dilaksanakan dan sejauh mana pengecualian boleh diberikan.

Kerajaan di wilayah majoriti berbahasa Perancis, Quebec kini mempunyai peluang menjelaskan bagaimana undang-undang itu akan dilaksanakan secara terperinci.

Undang-undang yang diluluskan pada Oktober lalu itu terpakai kepada semua termasuk guru, pelajar, kakitangan hospital, anggota polis, pemandu bas dan pengguna perkhidmatan kereta api.


Walaupun dasar itu tidak menumpu kepada mana-mana agama, perdebatan sebelum ini tertumpu kepada niqab iaitu penutup seluruh muka yang dipakai majoriti kecil wanita Muslim. – Reuters/BH ONLINE

Kategori