Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpaskan Geng ‘Mat...

BUKIT MERTAJAM - Polis menumpaskan Geng 'Mat Puling' yang aktif menjalankan kegiatan samun,...

Kerajaan Thailand Rampas Tanah...

BANGKOKƂĀ - Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh...

TLDM Bantu Lepaskan Nelayan...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu melepaskan lima nelayan...

Syor Agih Minyak Masak...

BATU PAHAT : Kerajaan Persekutuan disaran menyalurkan bekalan minyak masak bersubsidi terus kepada...

Hamil, Menyusu Anak Tak Halang Yatt Buat Umrah

DIRINYA kini sarat mengandung tujuh bulan dan masih lagi menyusukan anak yang berusia 11 bulan, namun itu tidak menghalang pelakon Yatt Hamzah daripada melakukan ibadah umrah bersama suami dan anak-anaknya.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 37, berkongsi di akaun Instagram miliknya pengalaman manisnya ketika di sana.

“Tak mudah sebenarnya bagi ibu hamil lagi-lagi yang dah masuk 3rd trimester nak travel apatah lagi kerjakan umrah. Tambah dengan susukan anak umur 11 bulan. Sekarang saya alaminya dan sangat mencabar.

“Tapi percayalah, bila saya sampai je di sini, semuanya jadi mudah. Wallahi, Allah dah bantu saya dan ramai yang offer nak tolong angkat beg, jaga anak dan semuanya dipermudahkan tanpa masalah. Alhamdulillah,” tulis Yatt di rungan caption salah satu gambarnya.

https://www.instagram.com/p/BcrzM1QFPv5/?taken-by=yatthamzah_suci

Memang tak mudah sebenarnya lagi-lagi dengan usia kandungan Yatt, tambah pula dengan dua anak kecilnya. Mujur yang sulung itu sudah mengerti kepayahan ibunya.

Yatt telah dikurniakan seorang cahaya mata bersama dengan bekas suaminya iaitu, Suci Hanania Malika, 7, dan seorang lagi bayi perempuan bersama dengan suami baharu, diberi nama Suci Humaira Iqlima, 11 bulan.

Mereka sekeluarga sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci sejak 11 Disember lalu dan ini merupakan kunjungan keempat Yatt ke Tanah Suci namun kali ini ialah pertama kali dia ke sana bersama suami dan anak-anak.


Tambah pelakon yang berasal dari Muar, Johor itu lagi, dia turut berpesan kepada para ibu yang mengalami situasi sepertinya agar sentiasa bersangka baik ketika berada disana dan tetap bergantung kepada Allah S.W.T.

“Untuk ibu-ibu dan bakal ibu, jangan risau ya. Teruskan ibadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah sebab doa dan usaha wanita hamil jadi power disini. Malaikat pun sentiasa mendoakan kita setiap saat dan Allah pun kabulkan setiap permintaan. Percayalah,” tulisnya lagi.

Yatt telah mendirikan rumah tangga bersama dengan suami keduanya, Muhammad Zulfadhli Khairudin pada Februari tahun lalu dan bakal melahirkan anak kedua hasil perkahwinan keduanya itu.

Semoga urusan Yatt dan keluarga dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Memang tidak mudah bagi ibu mengandung untuk menghadapi keadaan seperti itu namun perkara utama yang menjadi pegangan ialah sentiasa berserah kepada-Nya. –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori