Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Larangan Penumpang Duduk...

KUALA LUMPUR - Video yang tular di media sosial semalam menyatakan seorang pemandu disaman...

Penduduk One Selayang Bantah...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 penduduk di One Selayang, Batu Caves membantah tindakan...

Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi...

VALLETTA (Malta) - Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin...

Penyerang Resorts World Manila...

POLIS Filipina mengesahkan penyerang yang melepaskan tembakan di Resorts World Manila pagi tadi...

Harap Tak Tempatkan Calon Di Kawasan ‘Hitam’

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap mana-mana calon daripada pergerakan itu yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak ditempatkan di kawasan ‘hitam’.

Beliau berkata senarai nama calon Wanita yang dikemukakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan, telah pun melepasi saringan yang ditetapkan.

“Saya mengingatkan, jangan kerana nak capai 30 peratus (calon wanita), calon wanita dicampak di tempat tidak selamat, itu kita tak nak.

“…tetapi saya percaya ini tidak akan berlaku. Saya sekadar mengingatkannya. Saya nak (calon) Wanita diletakkan di tempat sewajarnya,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum ini, Wanita UMNO mencadangkan supaya kepimpinan parti memilih 30 peratus calon daripada sayap itu untuk bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada PRU14.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata untuk mencari calon wanita yang berkelayakan, beliau bekerjasama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Ketua Wanita UMNO negeri yang lebih mengenali calon dari negeri masing-masing.


Antara kriteria dipertimbangkan ialah mereka mestilah calon boleh menang dan boleh mengambil hati rakyat, katanya.

“Kita tidak pilih calon secara rambang… nak pilih calon adalah perkara yang serius. Perdana Menteri amat teliti dengan kriteria yang nak dipilih sebagai calon tetapi saya percaya calon Wanita mempunyai ciri-ciri yang presiden cari,” katanya. – BERNAMA

Kategori