Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

9 Penagih Dadah Ditahan...

KEPALA BATAS - Polis menahan sembilan lelaki yang merupakan penagih dadah di lokasi...

Akshay Puji Polis Selamatkan...

AKTOR Bollywood, Akshay Kumar melalui laman mikro Twitter berkongsi sebuah video seorang wanita...

Kanak-Kanak Dijumpai Lemas Tergelincir...

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan yang tergelincir ke dalam tali air berdekatan rumahnya...

Gereja Kontroversi Salib, Tiada...

PARA pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengklasifikasikan gereja di Taman Medan sebagai...

Harga Minyak: RON95, 97 Turun 1 Sen, Diesel Naik

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak naik sedikit buat minggu penutup tahun 2017 ini.

Ia di luar jangkaan susulan harga kontrak global menokok kukuh setelah usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan kuota pengeluaran menyaksikan stok minyak mentah berkurangan seluruh dunia serta peningkatan kadar penukaran mata wang asing (forex).

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5.52 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 turun satu sen kepada RM2.26 seliter berbanding RM2.27 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan turut menurun satu sen kepada RM2.53 seliter, daripada asalnya iaitu RM2.54 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari sama diumumkan meningkat tiga sen kepada RM2.26 seliter, berbanding cuma RM2.23 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 28 Disember sehingga 11.59 malam pada 3 Januari 2018.


Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori